Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Oktober 01, 2012

Catatan Kem Anak Soleh 2012 (1)

Salam

Alhamdulilahi Rabbil a'lamiin...Selawat ke atas Rasululamin Muhammad S.A.W..

Subhanallah walhamdulilah wala ilahaiillallah Allahuakbar..Tiada rasa syukur yang mampu saya lafazkan di saat ini tatkala mengimbas kembali kenangan program 'KEM ANAK SOLEH'/29hb September 2012, yang telah dapat dijayakan dengan lancarnya dengan dihadiri peserta daripada murid tahun 5 & 6 .

Program sehari ini adalah di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam & j-QAF,SKI.Ia telah mendapat kerjasama daripada adik-adik budiman daripada UIA yang sudi sekali lagi berkerjasama dengan kami untuk menjayakan program ini.Mereka terdiri daripada Adik Anwar (selaku Timbalan Kem Komandan),Adik Wan,Adik Fazrul,Adik Sahira dan Adik Anis.

Tanpa perlu saya menaip panjang-panjang catatan ini (sebenarnya keadaan diri agak penat lagi,ia masih tak hilang lagi,maklumlah 1 hari sedari jam 7.15 pagi-6.15 petang di sekolah,saya orang terawal sampai dan terakhir juga yang keluar,uhhh..),maka saya sisipkan sedikit foto-foto terindah yang telah berlaku semalam,banyak foto indah kem ini ingin dipaparkan tetapi kekangan masa yang ada ini,sekadar yang sempat je lah ya :--

sesi pendaftaran di dataran ilmu yang diuruskan oleh Cikgu Rahimah dan Ustazah Narimah

rasa-rasa sapa tu??? hehe..TQ Cikgu Wan kerana sudi membantu saya dalam penyediaan alatan siaraya di dewan pada pagi itu..

haaa...ini dia Ketua Kem Komandan..sedang memberi taklimat dan sekaligus melangsungkan terus sesi ice breaking kepada peserta-peserta kem..huhu..serius nampak tu Ustazah??? hehee

Ketua Kem sedang memperkenalkan Barisan Fasis UIA kepada peserta yang akan membantu di sepanjang kem ini berjalan..dimulai dengan Kak Anis,Kak Sahira,Abang Fazrul,Abang Anwar dan Abang Wan.

pemberian kain untuk diikat di kepala sebagai tanda nama dan sekaligus barang AMANAH Pertama

Para peserta sedang tekun mendengar penerangan dalam slot LDK 1 & 2 iaitu 'Aku sudah dewasa' dan Beriman kah aku??'

Peserta diminta mengisi buku log yang telah diberikan kepada mereka.Buku LOG adalah salah satu strategi baru saya dalam kem ini kerana didalamnya mengandungi laporan aktiviti yang mereka sertai dalam setiap aktiviti dan peserta perlu mengisinya untuk pihak pengurusan kem mengetahui kefahaman dan kedapatan maklumat yang diterima oleh peserta untuk perhatian kami pada masa hadapan.

semangat kerjasama peserta di dalam kumpulan..kelihatan abang Anwar dan Kak Sahira sedang beredar mengawasi peserta dan Ustazah Aini dan Ustaz Din tu apa yang dibincangkan tu...uhh..

peserta bekerjasama dalam kumpulan menyiapkan tugasan 'PUZZLE'dengan kadar yang segera..

antara contoh puzzle yang telah disiapkan oleh peserta dari kumpulan 1

peserta sedang mengejarkan solat Dhuha diimami oleh abang Anwar

Abang Anwar memberi sedikit penerangan mengenai kelebihan menunaikan solat sunat Dhuha kepada peserta selepas mereka selesai menunaikannya secara berjemaah

Ustaz Din sedang beramah mesra dengan barisan fasi sebelum menjemput mereka untuk ke kantin bagi menikmati sedikit kudapan pagi ketika sesi rehat

emmm..sedapnya..peserta sedang pekena roti canai dan secawan air sirap..Alhamdulilah..

Ada lagi foto kem yang menarik..kita bersambung bahagian 2 nanti ye..jangan terlepas!!!

1 ulasan:

  1. Salam mdm,

    Yg buku log tu idea bagus sbb adik2 boleh la tahu ape yg mereka dapat especially bila dorg sendiri yg tulis. Kat situ adik2 boleh gak compare dgn kwn2 cth mcm ape yg adik A dpt benda adik B tak tulis, adik B akan tnya butiran yang die mungkin terlepas pandang. Overall, sy rasa jeles sikit haha tp takpelah. inshAllah di lain masa.


    p/s:- saya rindu jaga adik2 time dorg nak masuk tidur huhu

    BalasPadam

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS ...