Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Oktober 29, 2012

Eidul Adha Peringkat SKI 2012

SALAM sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Alhamdulilah ..

Setelah 2 minggu tidak hadir ke sekolah kerana sibuk menyertai kem luar di Pangkor,maka hari ini datang ke sekolah dan dihujani kerja-kerja persekolahan yang harus dan segera di siapkan..Antaranya menyiapkan buku program Hari Anugerah kecemerlangan Pelajar 2012,menyiapkan e-laporan okt j-QAF, membantu menyediakan multimedia persaraan GB, memprint Pencapaian KSSR Bahasa Arab tahun 2 dll..

Allahuakbar,rasa agak letih sedikit dan keletihan semasa uruskan kem dan kesibukan beraya Haji dirumah masih terasa lagi...Allah ,berikan saya kekuatan dan kesihatan untuk saya terus bangkit dan bekerja hanya keranaMU ,Amin.

Saya tidak berhajat menceritakan kesibukan saya itu,cuma disini saya ingin mencoretkan majlis sambutan Eidul Adha peringkat SK Ijok yang telah berlangsung hari ini (29 OKT 2012/ISNIN).

Alhamdulilah,sambutan yang sederhana dan cukup meriah..seekor lembu tumbang...dan kerja potong memotong daging pun dilakukan..sementara cikgu-cikgu sibuk menguruskan masak memasak di dapur kantin,murid-murid diselitkan dengan aktiviti Ceramah Korban oeh Ustaz Abdul Halim b Sharif dari SK Bestari Jaya dan selepas rehat mereka ditontonkan dengan tayangan filem Hafalan Solat DELISA..

Antara foto-foto yang sempat saya ambil tadi :--

sibuk potong memotong daging oleh cikgu-cikgu dan kakitangan sekolah...

ceramah korban yang disampaikan oleh ustaz Abdul Halim b Sharif

murid-murid tekun melihat tayangan filem di dewan sementara

Selamat menyambut Hari Raya Korban 1433H

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum ustazah aini..wah meriah sungguh majlis korban di sk ijok thun ni ye..alhamdulillah..ank saya murid tahun 1 dan 5 di sk ijok..smalam balik skolah kakak nya bgtahu ''ibu,hari ni makanan yg cikgu bg sedap''..''ada korban lembu kat sekolah ari ni''..terima kasih dari saya di atas keperihatinan para2 guru dan kakitangan sk ijok..semoga ibadah korban seperti ini akan di laksana kan setiap tahun..insyaallah..

    BalasPadam
  2. Ustazah,pendaftaran bg pra sekolah tuk tahun 2013 masih ada kosong lg tak?ank saya ni skrg 5 tahun bersekolah di Pasti,tp tahun depan dia dh tak nak sekolah di situ lg sbb nak satu sekolah dgn kakak2 nya di SK Ijok.TQ.

    BalasPadam
  3. W'salam kak..

    Alhamdulilah..Terima KASIH atas sokongan yang diberi...Insya Allah , ada kekuatan dariNYA,kami pihak panitia agama akan meneruskannya..

    Pendaftaran pra sekolah thn depan dah penuh la kak...jadi pendaftarannya ditutup..harap maklum..

    BalasPadam
  4. O ye ke..yg ank akk ni pun dh dekat hujung2 tahun bru beriya2 nak tukar ke Pra..awal2 thun ritu x pulak dia beriya2 walaupun akk dh tanya bnyak kali..x de rezeki ank akk la nk blajar di skolah Pra,x pe la,smbung je lah skolah kat skolh lama dia..tahun 1 nnti bru skolah SK Ijok.

    Tq ustazah for d info ye.

    Assalamualaikum..

    BalasPadam

Kem Pemimpin Remaja Cemerlang (SABK) Peringkat Negeri Selangor 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Barisan Pelaksana PRC 2017 Alhamdulilah, telah selesai program diatas yang telah berlang...