Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Oktober 01, 2012

Mesyuarat Penyelarasan JU KSSR&PBS Bagi guru tahun 3 2013 secara On-Site

Salam.

Hari ini saya baru sahaja menghadiri satu mesyuarat berkaitan dengan penyebaran KSSR Bahasa Arab Tahun 3 2013 secara on-site.Maklumat mesyuarat seperti di bawah :

Tarikh ; 1 Oktober 2012
Tempat ; Bilik Gerakan,SK Parit Mahang
Masa ; 9.30 pagi
Agenda ;
1. Pembahagian tugas kepada Jurulatih-jurulatih utama untuk slot masing-masing
2. Pengubahan Jadual Waktu Kursus
3. Penyediaan Bahan-bahan untuk Jurulatih dan peserta kursus

Justeru,saya bersama rakan-rakan JU yang lain akan mula melaksanakan tanggungjawab kami dalam penyebaran KSSR Bahasa Arab untuk tahun 3 2013 ini pada 3-6 Oktober 2012 di Bilik Gerakan SK Parit Mahang.Insya Allah,berjumpa nanti kita sahabat-sahabat guru yang akan mengajar Bahasa Arab tahun 3 2013.Harap dapat di bawa bahan-bahan yang telah dinyatakan pada surat rasmi mengenai kursus ini.Sebarang pertanyaan boleh terus bertanyakan dengan ustaz Mohd Yusof (Penyelia PI,PPD K.Sel).

Ustaz Mohd Yusof bersama dengan kami JU -Ustaz Mohd Razali,Ustazah Norfadhilah,Ustaz Firdaus dan Ustaz Hasnol di bilik gerakan dalam perbincangan mengenai tugas masing-masing.

**Allahuakbar,penat kem masih terasa lagi dan ada pula tugas berat menanti 4 hari akan datang ni..Moga dipermudahkan Allah penyampaian saya nanti.amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jamuan terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwal Alhamdulilah Hari ini adalah hari terakhir bersama-sama mereka di SKI. Aktiviti terakhir dengan dimulai solat sunat ...