Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, November 01, 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2012

Salam

Backdrop hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2012..Cantik dan berseri..

Alhamdulilah,Hari ini telah berlangsung majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar peringkat SK Ijok 2012..

Tahniah saya ucapkan kepada murid-murid SKI yang telah berjaya dan cemerlang penglibatan mereka sama ada di bidang Kurikulum dan Kokurikulum tahun 2012.

Majlis yang telah bermula sedari jam 8.00 pagi sehingga 11.30 pagi dengan dihadiri tetamu kehormat Tn Haji Mohamad Afandy b Hj Dahlan (YDP PIBG SKI)selaku perasmi majlis,Ahli-ahli PIBG,dan ibu bapa/penjaga murid yang turut hadir memeriahkan lagi majlis pagi tadi.

Sedikit foto-foto bahagia yang dapat di ambil tadi :---

Penyampaian sijil graduasi kepada murid tahun 6

YDP PIBG turut menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang

GB menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang

PK HEM menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang

penyampaian sijil graduasi kepada murid tahun 6

Kehadiran ibu bapa memeriahkan majlis

Barisan guru-guru tahun 6 bersama YDP PIBG,GB dan PK HEM bergambar bersama bagi upacara selingan Graduasi Tahun 6 yang pertama kali diadakan bagi tahun 2012 ini bagi menghargai usaha dan kerajinan murid-murid tahun 6 di sekolah.

Wajah-wajah murid tahun 6 dalam pemakaian Jubah Graduasi mereka :--


Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini tadi..

Semoga ia menjadi sumber kepada murid-murid untuk terus berusaha menjadi seorang murid yang berjaya di dunia dan di akhirat...

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ustazah aini..

    Ucapan tahniah juga dri akk kerana pihak SKI dpt mengadakan acara yg meriah ini..mmg happening backdrop kali ni..sgt comel dan ceria dgn pelbagai warna2..

    Anak akk dapat 2 anugerah iaitu;
    *Anugerah mata pelajaran terbaik (2 mata pelajaran)
    *Anugerah kecemerlangan.

    Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH..

    **psst;;kbetulan pulak akk ada trselit dlm ramai2 tu..he3..

    BalasPadam
  3. w'salam kak..

    Tahniah dari saya atas kejayaan anak2 akak tu..

    hehee..rupanya ada terselit gambar akak jg kat situ...maaf ya kak klu tak sapa akak ari tu..saya agak lewat dtg pagi tu sbb gi ke LATAR ada urusan pengiraan resit tol sekolah..da habis urusan bergegas ke sekolah ambil alih tugas jurufoto...

    Tahniah sekali lagi ;)

    BalasPadam

Kem Eksplorasi Aqidah SM Daerah Kuala Selangor 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah Pada 14-15 November 2017 di KSCC,Jeram,Selangor telah diadakan program di atas dibawah anjuran Unit Pendi...