Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Januari 26, 2013

Himpunan Guru Muda 1 Malaysia..

logo GM1M....

SALAM..

Sahabat yang dirahmati Allah semua,

Alhamdulilah,Hari ini saya berkesempatan bersama rakan-rakan guru iaitu Cikgu Aida dan Cikgu Wan Arif ke SMK Sungai Besar,Sabak Bernam bagi mengikuti program berprestij bagi warga guru Muda iaitu HIMPUNAN GURU MUDA 1 MALAYSIA Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.Perasmi majlisnya ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b Hj Mohd Yassin dengan kehadiran seluruh guru-guru Muda bagi Negeri Selangor.

saya bersama teman-teman guru..bergambar selepas mendaftar...hmm..dapat beg kecil biru lagi tuu..

Definisi GURU MUDA :
Maksud Guru-guru muda bagi program ini ialah mereka yang berumur di antara 23-40 tahun.

Objektif perjumpaan :
i. agar Penggerak GM1M menghayati bahawa sumbangan mereka sebagai penggerak aktiviti dan komunikasi guru-guru muda seluruh negara amat diharapkan dan sangat dihargai oleh kerajaan khususnya KPM.

ii. agar Penggerak GM1M menyedari bahawa sebagai peneraju masa depan pendidikan negara, mereka diberi peluang dan ruang oleh KPM untuk mengemukakan idea, kreativiti, inovasi, bakat, buah fikiran dan penampilan dalam bidang masing-masing.

iii. agar Penggerak GM1M menjiwai bahawa jasa dan bakti mereka memberi sumbangan kepada masyarakat adalah usaha yang mulia.

Alhamdulilah,secara peribadinya saya amat soronok menghadiri majlis ini kerana banyak manfaat diperoleh darinya terutama melihat,meninjau dan berbincang dengan petugas-petugas di booth-booth yang disediakan oleh pihak penganjur..Allahuakbar,rasa bersyukur dan bangga menjadi seorang pendidik..Terima Kasih Ya Allah..

saya bersama cikgu Aida sempat melukis Batik di booth pembikinan Kain Batik...

Semoga majlis yang berlangsung tadi dapat menyuntik semangat buat para guru muda yang hadir..Terima Kasih Semua :)

lirik lagu GEMURUH (Mendengar alunan nya sahaja tadi, hati saya sudah menjadi gemuruh kerana rasa tanggungjawab bergelar seorang 'GURU') :--

Lirik Lagu Gemuruh - Faizal Tahir

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya kan pasti terbukti nanti

Insya allah,kata-kata azimat yang akan saya cuba lakukan untuk murid-murid kesayanganku...

Selamat menjadi GURU Terhebat di mata anak-anak murid kita !!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...