Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Januari 19, 2013

Majlis kecemerlangan UPSR Bersama Ibubapa thn 6,2013

Salam,

Pagi ini sedang berlangsung Majlis Kecemerlangan UPSR Bersama Ibu bapa tahun 6..

Satu program wajib dalam membincangkan program dan aktiviti sebelum,semasa dan selepas UPSR murid-murid tahun 6 ,2013 ini.

Semoga perbincangan ini dapat mencapai objektif yang diinginkan.

Titipan foto :
ucapan oleh guru besar : En Shahidan b Haji Said

sesi pendaftaran ibubapa/penjaga murid tahun 6

ucapan bermaklumat oleh Tuan Haji Mohamad Afandi b Hj Dahlan,YDP PIBG SKI

barisan ibu bapa/penjaga murid tahun 6 yang hadir.

barisan pencatat yang setia untuk mencatat kan segala perbincangan...Cikgu Huda dan Cikgu siti Saporah..

cepat cikgu-cikgu...ambil p.a sistem tu...ibubapa dah mula hadir tu...hehee...berdiri ustazah narimah,cikgu Rosnah dan cikgu Maryantie.

taklimat oleh penyelaras tahun 6 2013 oleh Cikgu Rosnah bt Seman

wajah-wajah sebahagian guru-guru tahun 6 2013

taklimat guru matapelajaran teras BI oleh Puan Hajah Harlina Ghazali

sesi soal jawab dengan ibubapa/penjaga :--


Terima Kasih atas semua cadangan,komentar dan semuanya la....

Selamat Berusaha!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...