Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Januari 21, 2013

Majlis Penyampaian Bantuan RM100

Salam

Alhmadulilah...pagi ini sedang berlangsung majlis yang amat dinantikan oleh semua Ibubapa/penjaga murid SKI..Ini kerana pada hari ini Wang Bantuan Awal Persekolahan peringkat SKI sedang diadakan..

Kehadiran VIP Kehormat juga ibubapa murid amat meriahkan lagi majlis...maklum laaaa..dapat wang 'Free'...Alhamdulilah.

Sisipan foto majlis tadi --

antara tetamu kehormat yang hadir,GB,Tn PPD,YB Tn K.R. Pathiban (Penyelaras Dun Ijok),Tn YDP PIBG Berada dibarisan hadapan dewan majlis..

suasana pendaftaran..ceria wajah ibubapa...

kereta GB diiringi kereta Polis sewaktu mengambil wang bantuan di Bank..sebagai langkah waspada...

saya tidak berkesempatan untuk naik ke atas dewan kerana sibuk di bahagian pendaftaran...tidak dapat melihat acara penyampaian wang bantuan tersebut...tak pelah..moga wang tersebut dapat membantu meringankan kewangan ibubapa murid-murid SKI,iNSYA aLLAH.

saya bersama guru-guru lain bertugas sebagai jk pendaftaran dan pemberi kupon kepada ibubapa/penjaga yang hadir pada pagi itu

Alhamdulilah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...