Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Januari 02, 2013

Selamat kembali ke sekolah 2013...

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Alhamdulilah ..selawat ke atas rasul tercinta...

Hari ini saya berkesempatan untuk mencoretkan sedikit kata-kata di blog ini..agak lama saya berdiam diri di sini sekadar menjenguk sekali sekala kerana sibuk dek menjalani kehidupan sebagai seorang anak yang cuba sedaya upaya mengembirakan hati emak tersayang dan keluarga...saya sengaja tidak menyibukkan diri memikirkan hal ehwal sekolah...

Hari ini bermula sesi persekolahan bagi penggal pertama 2013..
Melihat kehadiran murid-murid anak desa Ijok menghiburkan sedikit hati saya yang agak sedih di !@#$ oleh mereka yang !@#$. tidak mengapa walau ditendang apa pun tugasan saya di sekolah namun saya mengharapkan belas ehsan ALLAH tidak putus-putus ke atas saya kerana saya amat takut jika ALLAH jauh dari saya..

bak kata Ustaz Syed Abdul Kadir Bin Syed Hussin Al-Joofre :

'Sebab kita tertekan apabila tidak mengakui bahawa kita menjadi hamba kepada dunia. Jika kita bekerja sebab mahu dipandang oleh majikan, itu hamba dunia. Jika kita bekerja sebab mahu dapat gaji untuk makan, itu hamba kepada dunia. Jadilah manusia yang memiliki jiwa besar bahawa kita bekerja kerana ALLAH.
Menanti mengharap REDHA serta pengiktirafan manusia, adalah sesuatu yang tidak akan mampu kita kecapi.
Esok manusia suka kepada kita, lusa manusia akan lupakan kita. 1000 kebaikan yang dilakukan, kerana 1 kesilapan itulah yang dijaja. ALLAH....ALLAH....ALLAHU ALLAH... Bahkan redha ALLAH adalah suatu kebahagiaan yang diertikan sebagai BAHAGIA... Cukuplah bagiku ALLAH....'

Justeru,saya cuba menilai diri sendiri dengan kata-kata hikmah di bawah :

saya melakukan tugas mengikut kemampuan yang ada dan hanya untuk mereka yang mempercayai kerja-kerja dan keupayaan saya...bukan untuk tunjuk-tunjuk siapa yang hebat..tegur lah kelemahan dan kekurangan saya bukan nya menjadi kan ia sebagai dendam untuk dibalas.

Buat murid-murid ustazah...
Selamat kembali ke sekolah semula,teruskan usaha kalian kearah kemenjadian manusia bertaqwa dan mencari Redha Allah dalam menuju syurga di akhirat yang dijanjikan NYA.

Buat warga pendidik Ijok,
Selamat bertugas kembali,teruskan kerajinan kita mendidik anak murid kita,kukuhkan keakraban ukhuwah kita,moga usaha kita itu diterima ALLAH Dan ia menjadi penolong kita sewaktu hukuman ALLAH dijalankan di alam akhirat nanti.

Buat ex-murid tahun 6 2012,
Tahniah atas kejayaan merangkul 5A dalam UPSR yang lepas..yang kurang berjaya kita kuatkan usaha dalam memajukan diri di sekolah menengah nanti.(buat Adlin,Tahniah dari ustazah....hebat adlin...walaupun sibuk menghafaz nota-nota bercerita kisah Nabi untuk pertandingan MTQSS,tetap berjaya dengan 5A juga akhirnya...bangga ustazah sekejap...hehee).

Terima Kasih..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...