Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, April 07, 2013

program Kemahiran AMAL ISLAMI peringkat zon timur,2013.

Salam..

backdrop untuk acara Kalam Jamaaii dan syarahan bahasa arab..cantik dan menarik

Alhamdulilah,sahabat yang dirahmati ALLAH ..

Semalam 6 april 2013/Sabtu, sekali lagi saya telah diberi amanah untuk menjadi hakim bagi acara Syarahan bahasa Arab tahap 2 dan Kalam Jamaaii untuk program Amal Islami peringkat zon timur di SRA Bukit Badong.Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Don bin Raban (Penolong Pegawai Tadbir Agama,daerah Kuala Selangor).Acara bermula jam 8.30 pagi - 3.15 petang.

Alhamdulilah,terima kasih atas kepercayaan JK Pelaksana program kepada saya atas perlantikan hakim bagi 2 acara tersebut.

Alhamdulilah juga,untuk acara kalam jamaaii pada tahun ini menampakkan satu perubahan drastik dikalangan peserta yang menyertainya kerana saya amat berpuas hati dengan pencapaian mereka untuk slot MESEJ DAN PERSEMBAHAN yang dihakimi oleh saya..Tahniah kepada sekolah yang telah berjaya!!!.

Walaupun begitu,dukacita sedikit untuk acara syarahan bahasa arab tahap 2 kerana majoriti peserta yang bertanding tidak memenuhi kriteria secukupnya pada item-item penghakiman...sejujurnya,mereka perlu berusaha keras lagi pada masa hadapan.

antara item-item penghakiman bagi acara syarahan bahasa arab :--

dan

semangat peserta ini dalam menyampaikan syarahan bahasa arabnya

Apa-apapun,TAHNIAH kepada yang telah berjaya...

Terima Kasih kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Pemimpin Remaja Cemerlang (SABK) Peringkat Negeri Selangor 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Barisan Pelaksana PRC 2017 Alhamdulilah, telah selesai program diatas yang telah berlang...