Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, Mei 23, 2013

Selamat Hari Guru Peringkat SK IJOK 2013

Salam

Alhamdulilah hari ini hari meraikan Jasa GURU telah diadakan bagi peringkat SK Ijok..

Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menjayakannya tadi...program yang penuh meriah dan bahagia meraikan warga Guru SKI Bersama-sama Murid..

Sedikit gambar bahagia tadi --



Pelbagai aktiviti telah diadakan tadi antaranya : Bacaan Ikrar dan nyanyian guru Malaysia,Ucapan wakil guru dan murid,ucapan YDP PIBG dan Guru Besar,Sukaneka guru dan murid,persembahan murid dan penyampaian hadiah..

Terima kasih buat murid-murid ustazah yang telah memberikan ustazah hadiah tadi...agak terharu juga ustazah menerimanya..Sesunguhnya ustazah garang2 tu sebab ustazah sayang kalian semua...ustazah nak tengok kemenjadian kamu berguna di muka bumi ALLAH ini..TERIMA KASIH murid-muridku dan Ustazah SAYANG kamu semua... ;)

SELAMAT HARI GURU buat semua Guru IJOK...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...