Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Jun 21, 2013

Hari Interaksi Ibubapa & Motivasi Ibubapa tahun 6 2013

Salam

Hari ini program Interaksi bersama Ibubapa telah diadakan ..dan Alhamdulilah..rata-rata ibubapa yang hadir telah memberikan respon baik kepada kami dalam mendidik anak-anak mereka...kebanyakannya memberi ruang dan kepercayaan kepada guru-guru untuk mengajar anak mereka di sekolah dengan cara apa pun dan yang paling penting anak mereka dapat berubah ke arah kemenjadian insan yang berguna..Terima Kasih saya ucapkan kepada semua Ibubapa murid atas kepercayaan itu..

dan pada masa yang sama juga telah diadakan program Motivasi Ibubapa murid tahun 6.
(x tahu la saya,mana satu yang perlu difokuskan..maklumlah,kami ni guru-guru yang menurut perintah)


Apa-apa pun,selamat maju jaya.

Saya suka membaca kata-kata petikan di bawah :

Semoga kehidupan kita menjadi lebih baik pada hari ini dan mendatang...

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..

    Saya nak bg pendapat sikit brkenaan kedua2 majlis ini selepas saya menghadiri nya..

    Bagi saya yg mempunyai 2 org ank tahun 2 dan tahun 6 untuk handle 2 majlis seperti ini memang agak kelam kabut sbb kedua2 majlis di lakukan pada hari yang serentak dan masa yang serentak.Lebih2 lagi saya hanya datang seorang tanpa di temani suami.kalau suami ada senang nak bahagi2 sorang settle sini sorang settle sana..

    Saya x tahu mana satu nak pergi dulu sbb masa nya sama bermula jam 8.pagi..

    Di sebabkan ramai ibu bapa yg menunggu turn di luar kelas ank tahun 2,saya cepat2 bergegas ke majlis tahun 6 pula sbb saya fikir dalam agenda majlis tu habis jam 10.30am..

    So saya boleh ke kelas ank tahun 2 untuk sign report card sbb waktu habis sign report card jam 11.30am....tapi masalahnya majlis tahun 6 dah melebihi dari jam 10.30am..jam 11.15am bru tamat..ikutkan saya nak je bangun masa penceramah tu bagi ceramah..tapi nanti x sopan pula kan,majlis belum habis kita dah angkat kaki..jadi saya tggu juga sampai majlis tahun 6 habis.

    Lepas tu saya bergegas pula ke kelas ank tahun 2..
    tengok2 cikgu kelas pun dah x de..mgkin pg rehat kat kantin dlm hati saya..
    tggal ank saya je dalam kelas tu..
    lepas cikgu dtg dan saya sign report card,ank yg tahun 6 pula bgtahu kene ambil report card dia pulak kat tempat ceramah tadi dgn guru kelas..
    omaakkkaaiiii........
    pening kepala saya,sekejap ke sana,skejap ke sini..

    So nasihat saya;
    1-Sila lah selidik dahulu waktu dan hari yg sesuai untuk membuat sesuatu majlis ceramah seperti ini sbb kita sedia maklum kalau jika seseorang penceramah kalu dah mula bg ceramah mmg susah sikit nak berhenti..ni nasib x ada sessi pertanyaan..kalau ada mahu sampai ke petang x habis majlis ceramah ni.

    2-Sbb ikut pengalaman saya sejak ank2 saya brsekolah di SK ijok ni selalunya masa yg di tetapkan dalam kertas agenda kdg2 x tepat..selalunya akan terlebih masa dari yg telah di tetapkan.

    3-Saya cadangkan kalau nak buat majlis ceramah2 ni better buat hari sabtu atau ahad..sbb hari tu ank x sekolah pagi dan x sekolah petang..jadi para ibu bapa senang nk bahagi masa antara urusan harian dan urusan sekolah ank2 serta x kelam kabut terkejar2 nak buat mcm2 benda dalam masa yg sama.

    Terima Kasih.

    BalasPadam
  3. W'salam..

    Terima kasih puan atas teguran dan cadangan di atas..

    Sebetulnya,saya dimaklumkan kami (guru-guru tahun 6) telah memberi pandangan kekecelaruan yang akan terjadi apabila membuat 2 program sekali gus tetapi pandangan tersebut telah ditolak oleh pihak atasan,so,kami tiada kuasa nak panjang lebar kan perkara itu..Nah,akibatnya,berlakulah seperti yang puan ceritakan itu..Maaf banyak2 puan..Insha Allah,akan saya cuba panjangkan masalah ini kepada yang berkenaan agar di masa depan tidak akan berlaku lagi.

    Terima Kasih.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...