Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Jun 14, 2013

Kenangan Prokem SJKC/SJKT Peringkat Negeri Selangor 2013

Salam

Alhaamdulilah, telah tamat kem Tahunan JPS bagi program Dakwah Bil Hal SJKC/SJKT bagi tahun 2013.Program berlangsung selama 3 hari bermula 11-13 Jun 2013 di Hotel Goldcourse,Klang.Pada kali ini program kami bergabung dengan program PRISAI SK Asli di satu tempat yang sama tetapi berlainan dewan dan Jurulatih yang berbeza juga...

TERIMA KASIH Kepada semua pihak yang telah menjayakan program Jabatan ini...Alhamdulilah...3 hari program yang berlangsung dengan jayanya...

Foto Kenangan di sana ;--

Sedikit Makluman PROKEM 2013 :

1.Jumlah peserta 91 orang yang terdiri daripada 45 orang lelaki dan 46 orang perempuan
2.Jumlah Jurulatih seramai 10 orang yang terdiri daripada 7 orang lelaki dan 3 orang perempuan
3.Program berjalan selama 3 hari bermula pada hari Selasa sehingga hari Khamis.
4.Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut : ice breaking/pecah bendungan,Bicara bersama Buku Nota,Riadah,Ceramah Aqidah :Interaksi hamba dengan pencipta,Bicara Indahnya Solat,Kembara Solat,Teori dan praktikal mandi wajib,slot Cinta Rasul dan Refleksi kem .
5.Antara Jurulatih-jurulatih yang terlibat seperti berikut :

Penyelaras program : Tn Haji Rosnen b Hj Alawi ( JPS)

1.ASYAPUL ADLI BIN WAHAB @ SATIMIN
2.KAMIL BIN SIDEK
3.JAMSARI BIN AHMAD
4.NURESMAN BIN RAMLI
5.MOHAMMAD HASNOL BIN HAJI JANTAN
6.AHMAD RIDZAKI BIN MOHD ZAINOL
7.AZRI BIN AMZAH
8.NORULAINI BINTI MOHD NAWI
9.SAMSIAH BINTI HUSIN
10.RAZILA BINTI HJ KASMIN

Selamat Maju untuk kehidupan yang mendatang !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...