Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Julai 06, 2013

KBS siri 2 & 3 2013

Salam,

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH semua,

Alhamdulilah,sejak semalam sehingga ke hari ini,perjalanan KBS siri 2 & 3 telah berjalan dengan lancarnya.Sekalung penghargaan saya titipkan buat team PPI SK Ijok atas kerjasama yang telah diberikan kepada saya selaku ketua kem pada kali ini dan Semoga murid-murid SKI mendapat manfaat darinya.aamiin.

Sekadar beberapa foto kenangan daripada Kem 2 hari (5-6 JULAI 2013) :

Hari PERTAMA Kem :--
Slot pengurusan Solat Jenazah bagi tahun 6

Slot Tayammum bagi tahun 5

Slot Bacaan dan Perlakuan Sujud Sahwi bagi tahun 4

Slot solat Asar berjemaah

Sambungan .....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...