Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, September 29, 2013

Memori Kem Anak Soleh 2013

Salam..

Alhamdulilah.. Semalam 28 September 2013 (Sabtu),telah berjalan satu lagi program di bawah Panitia Pendidikan Islam & j-QAF,SKI bekerjasama bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dibawah penyelia Cikgu Nik Maizatul Akmam bt Nik Adib dan Penyelaras tahun 6 iaitu Cikgu Rosnah bt Seman.Ia adalah program kemuncak dan terakhir bagi saya selaku Penyelaras Kem Bestari Solat untuk sesi 2013 ini..

Jutaan Terima Kasih saya tujukan kepada semua Warga Pendidik SKI yang telah terlibat terutama warga PPI & j-QAF iaitu : Ustazah Siti Narimah bt Mohd Salleh,Ustazah Hjh Norol Ain bt Hj Omar,Ustazah RinaIryani bt Ahmad,Ustaz Shamsudin bin Che Hussin dan Ustaz Mohd Yusof bin Lazim.
Tidak lupa untuk kem kali ini saya berpeluang untuk sekali lagi menjemput Fasilitator luar bagi membantu menjayakan kem ANAK SOLEH 2013.Mereka diketuai oleh Saudari Nor Aisyah bt Abu Talib bersama 6 orang geng yang lain..(maaf saya tak berapa ingat nama mereka..maklumla..tak sempat kenal lebih lama dek kesibukan menguruskan kem sehari ini).Terima Kasih SHAH and the geng..antunna memang best!!!

Tak perlu coretan panjang...saya titipkan sedikit kenangan kem semalam :-

TERIMA KASIH SEMUA...Moga Usaha kecil kita itu mendapat rahmat dariNYA..Aaamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS ...