Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Oktober 09, 2013

Kem AQBAL (Persediaan Awal Remaja), Peringkat Daerah K.SEL 2013

Salam,


Alhamdulilah...sekitar dalam kesibukan Peperiksaan Akhir Tahun 2013,saya di arah kan untuk menjadi guru pengiring merangkap fasilitator membawa 4 orang murid tahun 6 ke program Kem Remaja Muslim Cemerlang anjuran PPD Daerah Kuala Selangor di bawah Unit Pendidikan Islam,program kali ke 3 ini merupakan satu program manfaat buat murid tahun 6 yang bersekolah di sekitar daerah Kuala Selangor.Ia sedang berlangsung selama 2 hari bermula 9-10 Oktober 2013 di Kem Mega crystal,Yayasan Selangor,Kuala Selangor dengan penglibatan seramai 157 orang murid tahun 6.


Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti:

Hari Pertama 9.10.2013/Rabu :
Slot 1 - Ceramah Bencana Sosial oleh Ustaz Sarip Udin bin Boiran (SK JERAM)
Slot 2 - Ceramah Bersuci daripada Hadath dan Mandi Wajib oleh Ustaz Nooraziz b Mudakkir (SK PUNCAK ALAM 2)
++ Amali Mandi Wajib
++ Explorace ke Bukit Malawati


Hari Kedua 10.10.2013/Khamis :
Slot 3 - Batas Aurat & Pergaulan oleh Ustaz Muhammad Hasnol bin Jantan (SK PARIT MAHANG)
Slot 4 - Selangkah ke alam remaja oleh Ustaz Nazrul Izwan b Zulkifli (Imam muda siri ke-2,2011)
++ Sentuhan Kalbu
++ Majlis Penutupan


Semoga kem ini memberi manfaat buat semua..

Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Eksplorasi Aqidah SM Daerah Kuala Selangor 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah Pada 14-15 November 2017 di KSCC,Jeram,Selangor telah diadakan program di atas dibawah anjuran Unit Pendi...