Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, Oktober 27, 2013

Kem Motivasi Jati Diri Muslim Sejati Daerah kuala Selangor 2013

Salam.


Alhamdulilah,pada 23-24 Oktober 2013/Rabu -Khamis di kem Mega Crystal Kuala Selangor sekali lagi saya hadir ke sana bagi menjalankan tugas sebagai jurulatih bersama-sama sahabat jurulatih Pendidikan Islam yang lain.Disana kami telah diamanahkan oleh Penyelia Pendidikan Islam,PPD Kuala Selangor iaitu Ustazah Hajah Hasnah bt Darus bagi mengendalikan kem kepada remaja yang berada di tingkatan 4 yang bersekolah menengah di sekitar daerah Kuala Selangor 2013 ini.

Alhamdulilah,kem 2 hari berlangsung dengan lancarnya di bawah Kem komanden Ustaz Hj Kamil bin Sidek..Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat yang telah menjayakan kem ini.Semoga usaha sedikit kita itu mendapat berkat dari Ilahi.Aamiin.


Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...