Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Oktober 21, 2013

Memori Program Seronoknya Mewarna Nuri 2013

Salam


Pada 19 Oktober 2013/Sabtu, SKI bersama-sama Bank Rakyat cawangan Kuala Selangor telah menganjurkan program Seronoknya mewarna Nuri 2013.

Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Pertandingan Seronoknya Mewarna Nuri. Pertandingan ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu A bagi kanak-kanak berumur lima dan enam tahun, B (tujuh dan lapan tahun), C (sembilan dan 10 tahun) manakala D (11 dan 12 tahun). Walaubagaimanapun,pertandingan ini terbuka kepada mereka yang memiliki akaun Nuri Bank Rakyat dan peserta dikehendaki membuat simpanan minimum bagi setiap penyertaan. Selain itu, di adakan juga anugerah penabung tertinggi kelab Nuri,aktiviti bersama maskot Nuri,kuiz dan pameran serta jualan,lawatan sekolah angkat Bank Rakyat, dan pelbagai hadiah menarik serta baucer tunai ditawarkan kepada semua hadirin yang hadir.

Objektif:

1.Memperlihatkan kreativiti kanak-kanak mewarna
2.Memberi galakan kepada ibu bapa dan anak-anak menabung sejak awal usia lagi
3.Merapatkan hubungan antara ibu bapa, PIBG, warga pendidik dan warga korporat.
4.Mempromosikan produk yang ditawarkan oleh bank Rakyat kepada masyarakat

Cebisan memori :-

Sekian dari saya :

Terima Kasih.

2 ulasan:

  1. Comelnya....bergambar macam puteri pulak ye..

    Tahniah Aini...sumber maklumat yang bagus dan berkesan...teruskan usaha....

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah..TERIMA KASIH kak..Barakaallahufiik!!!

    BalasPadam

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...