Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, November 18, 2013

Program Gotong Royong Sarana PIBG 2013

Salam

Pada hari Sabtu lepas (16.11.2013) telah diadakan Program Gotong royong SARANA PIBG 2013

Antara Objektifnya :

1.Merapatkan silaturrahim diantara guru dan ibu bapa/penjaga SK Ijok.
2.Memberi peluang kepada ibubapa bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih optimum.
3.Memelihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih terjamin keselamatan murid-murid sewaktu belajar.

Sasaran:
1.Semua Ibu bapa tahun
2.Semua AJK PIBG
3.Semua guru SK Ijok
4.Murid-murid SKI


Sekian

Jumaat, November 15, 2013

Foto kelas 2013 (SK IJOK)

Salam

sekadar kenangan kelas 2013 di SK IJOK -

1 UNIMAS

1 UNISEL

2 UNITAR

2 UNITEN

3 UITM

3 UTM

4 UKM

4 UPM

5 UM / 5 UUM

6 UIA

6 USM

6 USIM

Tahniah buat semua murid tahun 6 yang telah cemerlang dalam UPSR..Seramai 15 orang murid telah berjaya mendapat 5A dan 16 orang mendapat 4A 1B Dan 76 orang murid telah LULUS keseluruhannya dalam UPSR 2013.Alhamduliah.

Selamat Bercuti murid-murid...MAAF ZAHIR BATIN dari ustazah kiranya ada ustazah bertegas dengan kalian..sesungguhnya kemarahan itu kerana ustazah sayang dengan kalian dan ingin melihat kalian menjadi insan berguna dan berjaya hidupnya di dunia dan akhirat.

Selasa, November 12, 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Graduasi 2013

Salam


Hari ini telah berlangsung majlis gemilang meraikan kecemerlangan pelajar sepanjang tahun 2013. Perasmi Majlis Yang Berbahagia Dato' Mohammed Rafie bin Chek'ku (Pengerusi Yayasan Rafulin)telah hadir bagi meraikan suasana acara ini.

Alhamdulilah,majlis berjalan lancar walau ada ketikanya JK Pelaksana agak kelam kabut dalam menguruskan tugasan masing-masing..Begitu juga saya,ada kalanya menerima teguran dan komen dalam pengurusan buku program..Maaf saya lafazkan kerana kekangan masa yang agak terbatas dan pulak tu kerja sorang-sorang maka ada yang saya terlepas pandang..Terima Kasih atas teguran itu..

Tahniah saya ucapkan kepada semua murid SKI yang cemerlang..Moga kecemerlangan itu dapat diteruskan dalam kehidupan seharian kalian.


Paling mensyahdukan hati,saya dapat lah juga satu anugerah yang tak disangka-sangka..
agak terkejut juga...apa-apa pun Terima Kasih ..

\\

Selamat Maju Jaya.Moga ALLAH Bersama-sama dengan kita dan merahmati semua amalan kita.

Sabtu, November 09, 2013

Perkhemahan Kokurikulum peringkat sekolah 2013

Salam

Alhamdulilah ,sedang berlangsung program perkhemahan Kokurikulum di sekolah..program 2 hari ini yang bermula pada petang semalam ini akan berakhir pada jam tengah hari nanti dihadiri oleh murid-murid dari tahun 4-6.

Alhamdulilah,pada kali ini saya telah menerima ajakan daripada JK program untuk memberi slot Motivasi pada malam pertama kepada peserta-peserta kem..Allahuakbar..slot saya itu telah berjalan baik dan lancar..Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakannya..

Antara aktiviti perkhemahan yang dijalankan ialah seperti aktiviti Reaksi (larian komando),ceramah motivasi,kuliah agama, dan aktiviti berpengkalan.Manakala ada juga aktiviti untuk guru-guru iaitu acara masak memasak pada malam hari pertama..Subhanallah...kenyang sungguh kami pada malam itu menikmati rezeki Allah yang amat sedap..Alhamdulilah.


Terima Kasih semua dan Selamat Maju Jaya.

Kenangan Terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah. Hari ini kami bergambar bersama-sama dalam pakaian baju graduan untuk semua murid tahun 6 2017. Kelas 6...