Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, November 12, 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Graduasi 2013

Salam


Hari ini telah berlangsung majlis gemilang meraikan kecemerlangan pelajar sepanjang tahun 2013. Perasmi Majlis Yang Berbahagia Dato' Mohammed Rafie bin Chek'ku (Pengerusi Yayasan Rafulin)telah hadir bagi meraikan suasana acara ini.

Alhamdulilah,majlis berjalan lancar walau ada ketikanya JK Pelaksana agak kelam kabut dalam menguruskan tugasan masing-masing..Begitu juga saya,ada kalanya menerima teguran dan komen dalam pengurusan buku program..Maaf saya lafazkan kerana kekangan masa yang agak terbatas dan pulak tu kerja sorang-sorang maka ada yang saya terlepas pandang..Terima Kasih atas teguran itu..

Tahniah saya ucapkan kepada semua murid SKI yang cemerlang..Moga kecemerlangan itu dapat diteruskan dalam kehidupan seharian kalian.


Paling mensyahdukan hati,saya dapat lah juga satu anugerah yang tak disangka-sangka..
agak terkejut juga...apa-apa pun Terima Kasih ..

\\

Selamat Maju Jaya.Moga ALLAH Bersama-sama dengan kita dan merahmati semua amalan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

satu pengalaman lagi : KTJ Tahun 6 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah..sudah seminggu berlalu program Kem Transformasi Juara tahun 6 2017 di Warisan ...