Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, November 09, 2013

Perkhemahan Kokurikulum peringkat sekolah 2013

Salam

Alhamdulilah ,sedang berlangsung program perkhemahan Kokurikulum di sekolah..program 2 hari ini yang bermula pada petang semalam ini akan berakhir pada jam tengah hari nanti dihadiri oleh murid-murid dari tahun 4-6.

Alhamdulilah,pada kali ini saya telah menerima ajakan daripada JK program untuk memberi slot Motivasi pada malam pertama kepada peserta-peserta kem..Allahuakbar..slot saya itu telah berjalan baik dan lancar..Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakannya..

Antara aktiviti perkhemahan yang dijalankan ialah seperti aktiviti Reaksi (larian komando),ceramah motivasi,kuliah agama, dan aktiviti berpengkalan.Manakala ada juga aktiviti untuk guru-guru iaitu acara masak memasak pada malam hari pertama..Subhanallah...kenyang sungguh kami pada malam itu menikmati rezeki Allah yang amat sedap..Alhamdulilah.


Terima Kasih semua dan Selamat Maju Jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS ...