Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Januari 27, 2014

Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) 2014

Salam


Alhamdulilah..Hari ini sekitar jam 10.00 pagi,kelihatan ibu bapa/penjaga murid-murid SKI telah hadir ke sekolah bagi mendapatkan Wang Bantuan Awal Persekolahan 2014.
Disana dapat dilihat raut wajah gembira mereka yang akan memperoleh wang RM100.00.

OBJEKTIF BKAP :
Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.

KRITERIA KELAYAKAN :
1. Murid warganegara Malaysia
2. Murid Tahun 1 hingga 6 sesi persekolahan 2014 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2014
3. Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

TEMPOH PELAKSANAAN
Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan 2014 sahaja

Semoga sumbangan itu dapat digunakan sebaik-baiknya.

Terima Kasih kepada perasmi jemputan YB Datuk Hj IrMohizam bin Ibrahim (Ahli Parlimen Kuala Selangor) kerana sudi hadir bagi memeriahkan majlis tadi.


Ibu bapa/penjaga mengambil wang bantuan di kelas anak masing -masing :

Disebalik mereka yang menguruskan sumbangan ini :--

Selamat Maju Jaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...