Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Januari 22, 2014

Salam Maulidurrasul s.a.w 1435H

Salam.

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH semua..

Alhamdulilah,agak lama juga saya tidak mencoretkan cerita di dalam blog ini,bukan kerana malas @ apa-apa alasan lain cuma saya tidak berkesempatan untuk mencoretkannya di sini..Apa-apa pun Selamat tahun baru 2014,selamat kembali ke sekolah 2014,selamat menyambut Maulidurrasul s.a.w 1435H..

Hari ini ,pihak panitia Pendidikan Islam berkesempatan mengadakan majlis Maulidurrasul s.a.w..Majlis yang sederhana kelangsungannya dengan aktiviti Perarakan dan ceramah.Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menjayakannya..Semoga kelahirannya itu menjadi satu semangat kepada kita dalam menyusuri liku-liku hidup ini.Insha Allah.


WASOTIAH TUNGGAK KESATUAN UMAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...