Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Mei 05, 2014

Tahniah Pergerakan Puteri Islam Ijok 2014

Salam

Alhamdulilah...pada hari sabtu yang lepas, 3 Mei 2014 bertempat di SMK Dato' Harun,Tanjung Karang, telah berlangsung hari Puteri 2014 Peringkat daerah Kuala Selangor..

Alhamdulilah,saya bersama team guru dan 6 orang murid ahli pergerakan puteri Islam telah ke sana seawal jam 8.00 pagi untuk menyertai 4 acara iaitu Acara Buku Log,acara Masakan sandwich,acara kraftangan dan acara hafazan.Alhamdulilah , antara 4 acara tersebut tersangkutlah juga satu acara yang memberikan keceriaan pada raut wajah kami iaitu dalam kategori Kraftangan kami telah berjaya menjadi JOHAN.

Terima Kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam membantu kami di sepanjang sesi latihan dijalankan di sekolah sehinggalah ke saat hari pertandingan diadakan..Semoga Allah membalas jasa kalian itu.

suasana di bilik pertandingan Acara Kraftangan

suasana di bilik pertandingan Acara Sandwich

 suasana di bilik pertandingan Acara Hafazan

Rehat sementara menunggu keputusan..

Candid..







Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah

dan akhirnya satu pencapaian terbaik bagi SK Ijok yang telah memenangi dalam acara kraftangan

Tahniah dan selamat maju jaya untuk ke peringkat seterusnya!!

Sekalung penghargaan saya tujukan khas kepada :
Pengurusan Sekolah - team guru pimpinan Puteri Islam : Cikgu Rosnah Seman,Cikgu Huda, Ustazah Rina,Cikgu Mai Salama, Ustazah Ain, Ustazah Ida wati, Cikgu Nik dan Kak Nora. Tak lupa semua guru SKI yang telah menyokong kami dari belakang juga kepada anak-anak puteri Islam Ijok terutama 6 orang peserta kita iaitu adik Nurin,adik Insyirah,adik Batrisha,adik Malissa,adik Ainul natasha dan adik Shafikah Najwa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam Aidilfitri 1438H -family-

Salam Alhamdulilah...Allahuakbar...Terima Kasih ya Allah.. #salamlebaran2017 #maafzahirbatin