Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Jun 27, 2014

NKI SABK& SMK PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2014

Salam
Barisan Jurulatih Dakwah yang berdedikasi

Alhamdulilah..selesai kem Nadwah kepemimpinan pelajar peringkat Negeri Selangor 2014 yang telah diadakan di Nur Laman Bestari Eco Resort, Ulu Yam,Selangor. Kem 3 hari 2 malam ( 24-26 Jun 2014) ini telah disertai seramai 133 orang pelajar dari SABK dan SMK yang bersekolah di negeri Selangor .

Tahniah pada semua pihak pihak yang telah terlibat dan TAHNIAH buat pelajar-pelajar yang telah terpilih ke peringkat kebangsaan di Kelantan (Oktober) dan di Kedah (Ogos) dan TAHNIAH buat semua JURULATIH Dakwah PI yang telah berjaya menjayakan kem nadwah ini.Semoga ALLAH memberkati usaha kerdil kita ini.aamiin.

Peserta SMK yang telah terpilih :
 Peserta SABK yang telah terpilih :
Candid JU:

Selamat Maju Jaya!!

Isnin, Jun 23, 2014

Sebaran untuk GBA Tahun 4 2014

Salam

Sahabat semua, makluman daripada Ustaz Mior Syazril,BPK,Putrajaya yang bertarikh 21 Jun 2014 meminta agar semua guru BA Tahun 4 memuat turun :

https://db.tt/S9W3m6cV

Terima Kasih.

Selamat Bersara...

Salam Alhamdulilah... Selamat Bersara cikgu Zakaria bin Shafie...Terima Kasih cikgu Zack... #selamatberehatdaritugas-tugaskeguru...