Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, Oktober 09, 2014

Kem Jatidiri Muslim Sejati Daerah Kuala Selangor 2014

Salam

Tahniah buat Barisan Jurulatih Kokurikulum PI Dearah Kuala Selangor atas kejayaan mengendalikan Kem Jatidiri Muslim Sejati Peringkat Daerah Kuala Selangor pada 1-2 Oktober 2014 di Kem Mega Crystal Kuala Selangor..

Alhamdulilah, seramai 103 orang pelajar daripada sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Selangor telah menyertainya...Terima Kasih juga kepada Puan Hajah Hasnah bt Darus (Penyelia PPD K SEL) kerana telah banyak membantu kami dalam pengurusan kem ini dari mula sehingga akhirnya.
Semoga ALLAH merahmati usaha kecil kita itu..aamiin.
S
Selamat Maju Jaya !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam Aidilfitri 1438H -family-

Salam Alhamdulilah...Allahuakbar...Terima Kasih ya Allah.. #salamlebaran2017 #maafzahirbatin