Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Oktober 29, 2014

Kem Remaja Muslim Cemerlang Daerah Kuala Selangor 2014

Salam

Alhamdulilah, pada 27-28 Oktober 2014 di Kem Mega Crystal Kuala Selangor telah diadakan satu lagi kem Dakwah di bawah anjuran Unit Pendidikan Islam, PPD Kuala Selangor.

Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakannya dengan kehadiran 91 orang peserta daripada Sekolah-sekolah Rendah di daerah Kuala Selangor.

Terima Kasih kepada semua Jurulatih Kokurikulum Daerah Kuala Selangor yang diketuai oleh Tn Haji Kamil bin Sidek selaku Komandan Kem.

Terima Kasih juga kepada Ustazah Hajah Hasnah bt Darus dan Ustaz Nordin bin Ramli daripada pihak PPD Kuala Selangor yang telah banyak membantu kami di sepanjang berlangsungnya Kem 2 hari tanpa bermalam ini.
 Hari Pertama Kem :

Hari Kedua Kem :

Majlis Penutupan oleh Ustaz Nordin bin Ramli (Pegawai Unit Pendidikan Islam,PPD Kuala Selangor):

Semoga semua nya mendapat rahmat dan ganjaran dariNYA. Aamiin.

Salam SAYANG dan TERIMA KASIH dari saya selaku Ketua Urus setia Kem :
Selamat Maju Jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jamuan terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwal Alhamdulilah Hari ini adalah hari terakhir bersama-sama mereka di SKI. Aktiviti terakhir dengan dimulai solat sunat ...