Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Januari 30, 2015

Sambutan Maulidurrasul s.a.w peringkat SKI 2015

Salam

Alhamdulilah, hari ini telah selesai majlis manfaat iaitu Sambutan Maulidurrasul S.A.W peringkat Sekolah..

Selawat dan salam atas kekasih Allah Muhammad Alaihissalam dan keluarga baginda..

Terima kasih semua pihak yang telah menjayakannya tadi..

Aktiviti : Bacaan Yaasiin dan tahlil serta doa kesyukuran /Perarakan/Ceramah

Suasana di Dataran Ilmu :---
 Bacaan Yaasiin dan Doa Selamat
Persediaan untuk berarak
 Ucapan aluan oleh Ketua Panitia PI : Ustazah Siti Narimah bt Mohd Salleh

Suasana di dalam Dewan Rafulin :--
Ucapan Oleh Guru Besar : Encik Shahidan bin Hj Said
Ceramah bermula oleh Ustaz Mohd Hilmi bin Badrun (AlHafiz)
++ saya lihat penceramah amat bagus dalam penyusunan ceramahnya.beliau mengimbas kembali sejarah Nabi Muhammad S.A.W dalam bentuk gambar dan video dan ia terus dikaitkan dengan isi, Diskusi bersama murid-murid dalam menjawab persoalan yang dipaparkan dalam skrin..Alhamdulilah,Terima Kasih ustaz kerana diakhir slide ustaz merumuskan ceramah dengan persoalan dan ia dapat dijawab dengan baik oleh murid-murid,dan yang paling syahdu Sentuhan jiwa anak-anak Ijok dalam ketaatan kepada ibu bapa sehingga majoritinya menangis insaf kerana sayang kepada ibubapa mereka..ALLAHUAKBAR...indah sungguh tangisan itu..

Akhirnya, Penghargaan dari kami Panitia Pendidikan Islam/j-QAF SKI :--
  
TERIMA KASIH 
'Perpaduan Nadi Transformasi Negara'

++Selamat pergi dan kembali dengan selamat GB dalam menunaikan Umrah minggu depan..Semoga mendapat umrah yang mabrurah..
++ Hari isnin minggu depan Hari Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah 2015. Bersedia fizikal anak-anak Ijok..

SELAMAT MAJU JAYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...