Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Februari 14, 2015

Hari ini..14 feb 2015

Assalamualaikum

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah semua.

Hari ini 14 feb 2015

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SELAMAT ULANG TAHUN KE 10 UNTUK SEMUA GURU j-QAF AMBILAN PERTAMA 2005. SEMOGA KITA TERUS DAPAT MENGEKALKAN KECEMERLANGAN DALAM BIDANG KEGURUAN DAN PENDIDIKAN

KE ARAH j-QAF TANPA GAGAL

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Alhamdulilah, terkenang waktu dulu --- 14 Febuari 2005 --- saya melaporkan diri ke sekolah yang telah ditetapkan oleh KPM iaitu SK Ijok.Hari pertama dihantar oleh Abah tersayang allahyarham Mohd Nawi bin Samsudin dengan bermotorsikal..Allahuakbar... TERIMA KASIH Abah..(AL-FATEHAH). disana pula, Bertemu dengan 2 orang sahabat j-QAF Pendidikan Islam iaitu Ustaz Shamsudin bin Che Hussin dan Ustaz Asmadi bin Ismail.Dibimbing oleh Ustazah yang amat saya kagumi iaitu Ustazah Nor Ashikin binti Ibrahim dibawah majikan yang amat saya hormati iaitu Allahyarham Cikgu Rosmin bin Sururi dan di bawah pengawasan MANTAN GPK Kurikulum yang amat saya sayangi Cikgu Saiyed Mohd Sharif . Tak lupa waktu itu Pegawai PPD Daerah masa itu iaitu Ustaz Ramli yang banyak menunjuk ajar kepada kami guru-guru j-QAF baru dalam melaksanakan dan memperkasakan program pendidikan islam. Juga tak lupa terima kasih kepada semua sahabat j-QAF daerah Kuala Selangor dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung disepanjang saya belajar mengenali kehidupan menjadi seorang guru .

Semoga Allah merahmati dan menyanyangi mereka semua yang telah membantu saya sehingga ke hari ini.

Terima Kasih ya ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS ...