Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, April 20, 2015

Kemahiran Amal Islami (KAMIL) SRA

Salam

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah semua,

Alhamdulilah,sekali lagi pada tahun ini saya telah diberikan kepercayaan oeh AJK pelaksana KAMIL Peringkat Dearah Kuala Selangor 2015 untuk bertugas sebagai Hakim.Walaupun begitu, pada kali ini, slot penghakiman saya telah berubah acaranya iaitu beralih ke arah acara Nasyid berkumpulan (perempuan) dengan skop penghakiman bahagian Gaya dan Persembahan.

 GEMBIRA..Dapat berkenalan dengan barisan pencipta nasyid yang amat arif dalam hal ehwal nasyid ini.

Alhamdulilah,Program KAMIL daerah Kuala Selangor ini berjalan lancar di SRA Bukit Kuching sebagai tuan rumahnya..
 sebahagian daripada kumpulan nasyid...
 Hebat adik-adik ini..dah boleh main alat muzik dengan alunan yang sangat indah..SubhanaAllah

Tahniah kepada yang berjaya yang seterusnya akan mewakili Daerah Kuala Selangor ke pusingan yang seterusnya..

Terima Kasih.

Sabtu, April 18, 2015

KBS Siri 1 /2015

Salam
Perasmian KBS 1 /2015 oleh Guru Besar : En Shahidan bin haji Said

Alhamdulilah sahabat-sahabat yang dirahmati Allah semua..

Pada hari Jumaat 17 April 2015, team panitia Pendidikan Islam sekali lagi mengadakan Program Kem Bestari Solat siri 1/2015 yang melibatkan semua murid beragama Islam tahap 1 .

Foto kenangan :

Bacaan Yaasiin sebelum KBS bermula...

Taklimat KBS 1 /2015 oleh Ketua Program : Ustazah Norulaini bt Mohd Nawi

Slot 1 : Teori Wudhuk

Slot 2 : Amali dan Niat Wudhuk

Slot 3 : Praktikal solat subuh berjemaah

Alhamdulilah...Saya selaku Ketua Program KBS siri 1/2015 ingin mengucapkan terima kasih kepada semua team PPI dan Semua guru tahap 1  serta pentadbiran SKI kerana telah memberikan kerjasama yang mantap dalam menjayakan KBS pada kali ini.


Semoga Allah memberi ganjaran hebat kepada kalian dan murid-murid mendapat manfaat dariNYA.

'Ke arah Ibadah SOLAT yang sempurna'

Rabu, April 15, 2015

NKI (SMKA) Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor 2015

Assalamualaikum

Alhamdulilah, Pada 9 sehingga 12 april 2015 bertempat di pusat kokurikulum Kem tekali telah berlangsung Program Nadwah Kepemimpinan Islam untuk pelajar~pelajar SMKA .

Alhamdulilah,penganjur pada kali ini,dibawah selian Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dibawah unit sektor Pendidikan Islam dibarisi Jurulatih Dakwah PI Negeri Selangor.Pelbagai aktiviti mengikut modul NKI telah diisi sepanjang  4 hari 3 malam program ini berlangsung


Jurulatih hebat Negeri Selangor dibawah ketua program tuan Mohd Fazli bin Abdul Manaf.

 Barisan peserta kumpulan 28 :
Terima kasih adik adik Ustazah semua...semoga mendapat manfaat dari nadwah kepemimpinan islam ini..sayang kalian semua.


Perasmian penutupan Nki ini Telah dirasmikan penutupan nya oleh ybhg Encik Wan Ramdzan bin Wan Mamat, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM.
Foto lain-lain:
Lawatan di slot Rehlah Qiyadi . Lokasi Rumah Anak Yatim Al-Kitab
Bergambar bersama bakal pemimpin masa hadapan (panel-panel terbaik dan terpilih) di slot forum kepemimpinan di SMK Jln 3
Barisan orang-orang kuat di sebalik NKI SMKA Negeri Selangor 2015
 Bakal pemimpin yang memiliki ciri-ciri Rabbaniah..Inshaallah
 Tetap ceria walaupun keletihan bertugas menjalankan amanat untuk NKI (SMKA)
Jurulatih-jurulatih yang begitu 'sporting'....;)

Sekalung penghargaan Terima Kasih dan Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan NKI (SMKA) ini..Semoga usaha kecil kita ini mendapat Rahmat dariNYA.

Pra persiapan NKI ..Kami datang lebih awal sehari bagi membantu kerja-kerja ke urus setiaan...

===========MENJANA KEPEMIMPINAN RABBANI=========

Salam Aidilfitri 1438H -family-

Salam Alhamdulilah...Allahuakbar...Terima Kasih ya Allah.. #salamlebaran2017 #maafzahirbatin