Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, April 20, 2015

Kemahiran Amal Islami (KAMIL) SRA

Salam

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah semua,

Alhamdulilah,sekali lagi pada tahun ini saya telah diberikan kepercayaan oeh AJK pelaksana KAMIL Peringkat Dearah Kuala Selangor 2015 untuk bertugas sebagai Hakim.Walaupun begitu, pada kali ini, slot penghakiman saya telah berubah acaranya iaitu beralih ke arah acara Nasyid berkumpulan (perempuan) dengan skop penghakiman bahagian Gaya dan Persembahan.

 GEMBIRA..Dapat berkenalan dengan barisan pencipta nasyid yang amat arif dalam hal ehwal nasyid ini.

Alhamdulilah,Program KAMIL daerah Kuala Selangor ini berjalan lancar di SRA Bukit Kuching sebagai tuan rumahnya..
 sebahagian daripada kumpulan nasyid...
 Hebat adik-adik ini..dah boleh main alat muzik dengan alunan yang sangat indah..SubhanaAllah

Tahniah kepada yang berjaya yang seterusnya akan mewakili Daerah Kuala Selangor ke pusingan yang seterusnya..

Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...