Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, April 15, 2015

NKI (SMKA) Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor 2015

Assalamualaikum

Alhamdulilah, Pada 9 sehingga 12 april 2015 bertempat di pusat kokurikulum Kem tekali telah berlangsung Program Nadwah Kepemimpinan Islam untuk pelajar~pelajar SMKA .

Alhamdulilah,penganjur pada kali ini,dibawah selian Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dibawah unit sektor Pendidikan Islam dibarisi Jurulatih Dakwah PI Negeri Selangor.Pelbagai aktiviti mengikut modul NKI telah diisi sepanjang  4 hari 3 malam program ini berlangsung


Jurulatih hebat Negeri Selangor dibawah ketua program tuan Mohd Fazli bin Abdul Manaf.

 Barisan peserta kumpulan 28 :
Terima kasih adik adik Ustazah semua...semoga mendapat manfaat dari nadwah kepemimpinan islam ini..sayang kalian semua.


Perasmian penutupan Nki ini Telah dirasmikan penutupan nya oleh ybhg Encik Wan Ramdzan bin Wan Mamat, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM.
Foto lain-lain:
Lawatan di slot Rehlah Qiyadi . Lokasi Rumah Anak Yatim Al-Kitab
Bergambar bersama bakal pemimpin masa hadapan (panel-panel terbaik dan terpilih) di slot forum kepemimpinan di SMK Jln 3
Barisan orang-orang kuat di sebalik NKI SMKA Negeri Selangor 2015
 Bakal pemimpin yang memiliki ciri-ciri Rabbaniah..Inshaallah
 Tetap ceria walaupun keletihan bertugas menjalankan amanat untuk NKI (SMKA)
Jurulatih-jurulatih yang begitu 'sporting'....;)

Sekalung penghargaan Terima Kasih dan Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan NKI (SMKA) ini..Semoga usaha kecil kita ini mendapat Rahmat dariNYA.

Pra persiapan NKI ..Kami datang lebih awal sehari bagi membantu kerja-kerja ke urus setiaan...

===========MENJANA KEPEMIMPINAN RABBANI=========

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Pemimpin Remaja Cemerlang (SABK) Peringkat Negeri Selangor 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Barisan Pelaksana PRC 2017 Alhamdulilah, telah selesai program diatas yang telah berlang...