Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Mei 25, 2015

LADAP INTEGRITI DAN ETIKA 2015

Salam

Alhamdulilah, pada hari sabtu yang lepas telah diadakan satu kursus LADAP untuk semua warga pendidik dan kakitangan SK Ijok

Kursus yang diberi nama Kursus Nilai dan Etika Profesionalisme Keguruan dan Peningkatan Integriti Budaya Kerja Cemerlang yang telah disampaikan oleh tuan Shashim Shah bin Harun, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor. Secara peribadinya saya melihat penceramah mengguna pakai kaedah bercerita dalam penyampaiannya. Beliau mengutarakan beberapa kes salah laku dan nilai penjawat awam dalam ceramahnya. Ia agak menarik dan memberi moral dalam setiap kes yang diutarakan.

 Ucapan aluan oleh GB
Tekun mendengar.....

Alhamdulilah, satu kursus yang bermanfaat untuk semua..Diantara point menarik yang telah dicatat oleh saya ialah :
-beza antara taklimat dan ceramah
-kerja sepasukan dan bukan berpasuk-pasukan
-akses murid secara rata
-guru diingatkan jangan kejar jawatan tapi kejarlah gred
-kira cukup 60% yang menyetujui kita maka kita teruskan objektif kita abaikan yang tidak menyokong kita
-beza antara titah,perintah dan arahan
-pepatah 'Belanda dapat tanah'

Apa pun Terima Kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama. 
Selamat Maju Jaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...