Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Isnin, Mei 11, 2015

Lawatan ke Shah Alam bersama PSS SKI

Salam

sahabat-sahabat yang dirahmati Allah semua,

Alhamdulilah,pada hari sabtu yang lepas 9.5.2015, unit Bahasa Arab sekali lagi bekerjasama dengan Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Kajian Tempatan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke SHAH ALAM..

Alhamdulilah,satu perjalanan seawal 7.00 pagi sehingga 6.00 petang yang amat bermanfaat untuk dikenang.

Lawatan pertama ke Kilang Roti High 5

Lawatan kedua ke Laman SENI

Lawatan ketiga ke Taman Seni Islam ( tak dapat masuk sebab hari yang sama ada acara lain sedang berlangsung)
Lawatan ke empat di Muzium Alam Shah

Lawatan kelima ke Perpustakaan Alam Shah
Terima kasih kepada cikgu Rahimah selaku Ketua program lawatan ini yang telah bertungkus lumus dalam kerja-kerja lawatan sambil belajar.

 ' Pengalaman Mengembara adalah Nikmat Indah dalam Ilmu'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...