Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, Julai 28, 2015

Perkhemahan Kokurikulum 2015

Salam

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Alhamdulilah, pada 24-26 Julai 2015 (Jumaat-Ahad) telah berlangsung sudah program perkhemahan unit beruniform SKI bagi sesi 2015 di Kem Wira Jaya,Sungai Congkak, Selangor.

Alhamdulilah,satu pengalaman baru buat saya dalam mendalami ilmu perkhemahan Unit Beruniform Kokurikulum.

Aktiviti : Taklimat keselamatan/Kawad/Ice Breaking/jungle Tracking/Servivor/Mengenali Alam/Dinamika Games/Aktiviti Sungai/Slot Remaja/Night Walk/Khidmat Diri/Penutupan Program

Paling penting ada pulak diselitkan dengan satu slot daripada saya...Jurulatih yang tak berapa handal ni...alhamdulilah...slot yang berjalan dengan baik dan lancar...
Terima Kasih sahabat-sahabat cikgu yang sudi membantu saya iaitu Cikgu Nik, Cikgu Marieyanti dan Cikgu Syuhaira..THANKS ..Moga Allah Membalas sumbangan yang telah diberikan oleh kalian...
 Cikgu Ti,Cikgu Syu dan Cikgu Nik...I love you all..
Keceriaan Wajah Cikgu yang hadir...
dari saya :
Selamat Maju Jaya

3 ulasan:

  1. Salam madam,

    Serius nmpk seronok bila kem outdoor ni. Anyway, nnt share la sedikit sbyk tntg slot madam.. Xtau pon yg tu...

    BalasPadam
  2. Wslm shah.

    Alhamdulilah slot mdm berjalan lancar..terima kasih kepada sahabat mdm yg telah membantu.

    Slot mdm dimulai dgn games 1 duit sen dan games 2 jgn roboh kota kayangan..pas tu baru mdm guna slaid ceramah ringkas bertajuk remaja.

    Akhir slot mdm disudahi dengan nyanyian kehidupan dan hadiah utk semua peserta tuala wanita dan gula lolipop sebagai simbolik yg mereka sedang menuju ke alam remaja.

    Terima kasih shah atas komentar yg di berikan.

    Semoga kita dapat bekerjasama utk program yg mendatang..insha allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. menarik.. tetiba teringat lagu UNIC - Remaja. eheh

      inshallah madam, mudah mudahan satu hari nnt.

      Padam

Cerita hari ini..

Salam Cerita nya : 21.9.2017 / Khamis / SK IJOK  1. Kem Cemerlang Jawi siri 2  2. Perpisahan guru- guru praktikal UNISEL 3...