Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Ogos 19, 2015

Kem Motivasi Jati Diri thn 6 2015

Assalamualaikum

Sahabat yang dirahmati Allah,

Pada hari jumaat-sabtu  (14-15 Ogos 2015) yang lepas telah diadakan kem motivasi Jati Diri yang melibatkan semua murid tahun 6 SKI 2015.

Ia adalah program dibawah anjuran Badan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
Pelbagai aktiviti telah disusun di sepanjang 2 hari  1 malam di sekolah kebangsaan Ijok.

Aktiviti hari Pertama : Ice breaking/Riadah/Solat fardhu berjamaah/Solat Hajat bersama ibubapa/Bacaan Yaasiin/Ceramah Motivasi/Jamuan/Sinaran Bunga Api Ijok/Gotong royong memasak
Aktiviti hari kedua : Qiyamullail/Senamrobik/Bengkel subjek Teras/Penutupan

Terima Kasih Kepada semua warga ski yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan kem ini.Kalian memang TERBAIK.
saya sebagai fasilitator -
Team sahabat guru terbaik:
Semoga Berjaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Bestari Solat Siri 2/2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah.. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Alhamdulilah, semalam 13.10.2017/Jumaat telah berakhir sudah KBS ...