Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Ogos 14, 2015

Penyebaran KSSR Bahasa Arab tahun 6 2015

Salam.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..

Alhamdulilah,pada 12-13 Ogos 2015 di SK Bandar Baru,saya telah menyertai bersama sahabat guru Bahasa Arab daerah Kuala Selangor dalam kursus penyebaran KSSR Bahasa Arab Tahun 6 2015.

Alhamdulilah,satu penyebaran yang banyak memberi input baru kepada saya..

Terima Kasih kepada Ustaz Aziz,Ustaz Khalid,Ustaz Bakhtiar,Ustaz A.Rahman dan semua guru Bahasa Arab yang telah memberi kerjasama disepanjang kursus 2 hari itu berlangsung.

Antara isi-isi ringkas yang dapat saya titipkan di sini :

-   Isi Kandungan Kursus 2 hari :
1. Tugas dan tanggungjawab ketua panitia
2. Operasi DSKP Bahasa Arab tahun 6/DSKP Bahasa Arab tahun 6
3. Kandungan DSKP Bahasa Arab tahun 6
4. Bengkel DSKP/Perekodan
5. Teknik membina RPT/RPH/KBAT/EMK
6. Mikro teaching/Soal Jawab/Penutup

-Objektif PDP Bahasa Arab ialah melihat kecenderongan murid ke arah mempelajari Bahasa Arab,murid mahir dalam kemahiran-kemahiran berbahasa dan boleh berkomunikasi asas bahasa Arab

-Pada tahun 2017 (KSSR Edisi Semakan) bermula untuk tahun 1 dan tajuk silibus hanya 1 topik

- Guru mengajar bermula dengan rujuk RPT,DSKP dan Buku teks.Guru boleh mengajar mana-mana topik yang dirasakan sesuai dan ianya feksible.Ini kerana guru perlu mengajar ikut KEMAHIRAN dan bukan ikut TAJUK.

-RPT perlu (ringkas,ikut takwim sekolah,silibus tidak ikut susunan,ikut kesesuaian tahap murid dan berubah-ubah mengikut perubahan tawim sekolah)

-4 fasa terarah :
1.PERSEDIAAN: murid tengok/lihat guru
2. IMAGINASI : murid ulang apa yang dipelajari sehingga terpahat di otak mereka
3.PERKEMBANGAN : murid melakukan aktiviti/keseniaan berbahasa
4.TINDAKAN : murid membuat kerja rumah/ guru membuat tamsiil dalam memantapkan kefahaman murid

-BBM ditukar kepada BBB

-KSSR adalah berpusatkan murid

-Beza antara jumlah basiithoh (xde zoraf) dan jumlah al-muassa'ah (ada zoraf)

-huruf muthamathilah : sama sebutan / huruf mutsyabihah : hampir sama tulisan

-attamyizz : mencari perbezaan antara 2 aspek / al-muqoronah : mencari perbezaan dan persamaan

-nasakh : salin / kitabah : menulis

-qoa'da : duduk

       Selamat Maju Jaya

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum. salam ziarah dan sy follow ya :) blog yg sgt baik ustazah.

    BalasPadam
  2. Wslm...
    Alhamdulilah..salam perkenalan ustazah Jiha..

    Terima kasih.

    BalasPadam

Kem Eksplorasi Aqidah SM Daerah Kuala Selangor 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah Pada 14-15 November 2017 di KSCC,Jeram,Selangor telah diadakan program di atas dibawah anjuran Unit Pendi...