Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Ahad, Ogos 02, 2015

TAHNIAH...PPIM SKI

Salam..
Alhamdulilah,semalam tercatat satu lagi rezeki bahagia buat team puteri islam SKI apabila menjuarai dalam kategori masakan dan kraftangan pada program Hari Puteri Islam peringkat daerah Kuala selangor 2015.

Alhamdulilah....

Acara tersebut telah berlangsung di SK Bandar Baru Kuala selangor.

Walaupun tidak berjaya untuk acara buku log,buku skrap dan hafazan,namun, Inshaallah tahun depan kita cuba lagi.

 Acara kraftangan
Acara masak

Terima kasih kepada semua peserta berbakat SKI iaitu adik izz dini,adik khaliesah,adik naurah,adik ainul,adik adlina,adik natasya dan adik ayra.

Juga tidak dilupakan Terima kasih buat semua guru SKI terutama team pergerakan puteri islam SKI yang telah banyak membantu dan memberi sumbangan kepada kami.Semoga kalian mendapat rahmat hidup dariNYA..aamiin.

Selamat maju jaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Eksplorasi Aqidah SM Daerah Kuala Selangor 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah Pada 14-15 November 2017 di KSCC,Jeram,Selangor telah diadakan program di atas dibawah anjuran Unit Pendi...