Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, September 30, 2015

Program minggu PPI bhg 2...

Salam
Banner Aktiviti Minggu Panitia Pendidikan Islam

Aktiviti hari kedua... tahap 1 dan tahap 2
Pertandingan melukis

Kuiz agama

Khat

Islam itu indah

Selasa, September 29, 2015

Minggu PPI SKI 2015

Salam..
Hari ini telah diadakan pelancaran minggu panitia pendidikan Islam peringkat sekolah.

Inshaallah,program selama seminggu ini akan terikat dengan pelbagai aktiviti keagamaan bagi memperkasakan pengetahuan agama murid murid ski.
Antara aktiviti nya seperti ceramah korban,pertandingan Tulisan jawi, bilal celik, mencipta replika kaabah,kuiz agama,Kem Bestari solat dan sebagainya.
Semoga Allah permudahkan urusan kami dan semua pihak mendapat manfaat darinya..
Permulaan aktiviti dengan ceramah korban dan haji oleh ustaz Muhammad helmi bin abdul Rahman.
Penyampaian cenderahati oleh GPK Pentadbiran kepada penceramah jemputan

Islam itu indah

Jumaat, September 18, 2015

Bengkel Naqib dan Naqibah PBU GPI Daerah Kuala Selangor

Salam
Alhamdulilah, pada hari Khamis iaitu 17.9.2015 bertempat di PPD Lama Kuala Selangor telah berlangsung satu Bengkel berilmu untuk persediaan para naqib dan naqibah yang terpilih daerah Kuala Selangor bagi mengendalikan satu slot usrah untuk program Bina Upaya GPI tahun 2015.

Alhamdulilah,bengkel ini telah diketuai oleh ustaz haji Kamil bin Sidek dibantu bersama pasukan Jurulatih Dakwah Daerah Kuala Selangor.

Pelbagai isu terkini berkaitan dengan kefahaman pendidikan Islam dan pelaksanaannya serta peranan GPI telah dibincangkan bersama secara ilmiah dan natijah hasil daripada pembengkelan ini akan di bawa ke dalam slot usrah pada hari sehari program ini berlangsung nanti..Inshaallah.

Terima Kasih kepada unit pendidikan Islam,PPD Kuala Selangor (ustaz Nordin bin Ramli dan ustaz A.Rahman bin Amran)  atas kepercayaan kepada kami team Jurulatih Dakwah untuk mengendalikan program besar ini...PBU GPI.

Semoga ALLAH memberi kelancaran dan kerahmatan kepada kami dalam perjalanan kendalian pengurusan PBU GPI 2015.Inshaallah.

Selamat maju jaya.

Jumaat, September 04, 2015

Majlis restu ilmu

Salam..
Sahabat yang dirahmati Allah semua.

Foto sekitar majlis restu ilmu bagi semua murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2015.

Semoga berjaya semua..Inshaallah.

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...