Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, September 18, 2015

Bengkel Naqib dan Naqibah PBU GPI Daerah Kuala Selangor

Salam
Alhamdulilah, pada hari Khamis iaitu 17.9.2015 bertempat di PPD Lama Kuala Selangor telah berlangsung satu Bengkel berilmu untuk persediaan para naqib dan naqibah yang terpilih daerah Kuala Selangor bagi mengendalikan satu slot usrah untuk program Bina Upaya GPI tahun 2015.

Alhamdulilah,bengkel ini telah diketuai oleh ustaz haji Kamil bin Sidek dibantu bersama pasukan Jurulatih Dakwah Daerah Kuala Selangor.

Pelbagai isu terkini berkaitan dengan kefahaman pendidikan Islam dan pelaksanaannya serta peranan GPI telah dibincangkan bersama secara ilmiah dan natijah hasil daripada pembengkelan ini akan di bawa ke dalam slot usrah pada hari sehari program ini berlangsung nanti..Inshaallah.

Terima Kasih kepada unit pendidikan Islam,PPD Kuala Selangor (ustaz Nordin bin Ramli dan ustaz A.Rahman bin Amran)  atas kepercayaan kepada kami team Jurulatih Dakwah untuk mengendalikan program besar ini...PBU GPI.

Semoga ALLAH memberi kelancaran dan kerahmatan kepada kami dalam perjalanan kendalian pengurusan PBU GPI 2015.Inshaallah.

Selamat maju jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Eksplorasi Aqidah SM Daerah Kuala Selangor 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah Pada 14-15 November 2017 di KSCC,Jeram,Selangor telah diadakan program di atas dibawah anjuran Unit Pendi...