Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Januari 22, 2016

Sambutan maulidurrasul s.a.w peringkat SKI 2016

Salam..
Alhamdulilah...hari ini ,Panitia Pendidikan Islam berkesempatan mengadakan majlis Maulidur rasul kesayangan kita ...
Semoga hidup kita sentiasa bersama dengan sunnahnya...
Sedikit foto di majlis sebentar tadi=
Acara berlangsung ialah bacaan yaasiin dan tahlil,perarakan,ucapan oleh GB dan ceramah oleh ustaz Muhammad Helmi bin Abdul Rahman.

Nabi Muhammad s.a.w kami mencintaimu...

Snap...

Terima kasih kepada warga SKI yang telah menjayakannya..

Rabu, Januari 20, 2016

Ahlan wa sahlan 2016

Salam

Sahabat yang dirahmati Allah semua,

Alhamdulilah , kita sudah berada di ambang baru 2016. Saya tahu agak terlambat untuk mengucapkannya namun saya tetap juga ingin mengatakan bahawa semoga 2016 ini membawa seribu rahmat dan keberkatan dari ALLAH untuk saya mengharungi tahun melenia ini.

Selamat kembali semula ke sekolah dan menjalani tugas seorang pendidik yang hebat di mata murid-murid.

Tahun ini saya diberi amanat untuk menyertai team ELIT UPSR  2016. Semoga segala yang dirancang berjalan baik dan mendapat hasil yang positif. Insya ALLAH.

Sedikit foto untuk aktiviti bulan Januari bagi murid-murid tahun 6 yang telah berlangsung :
Mesyuarat kali pertama bagi membincangkan aktiviti-aktiviti tahun 6/2016

Program penataran subjek teras UPSR 2016
 Taklimat subjek BI oleh cikgu Hajah Harlina
Taklimat subjek Matematik oleh cikgu Mohd Tahrin
 Taklimat subjek Sains oleh cikgu Rohani
Taklimat subjek Bahasa Melayu oleh cikgu Marieyanti

Program Motivasi Insan Gemilang

Seketika bersama Vitagen

Ujian Diagnostik UPSR

Pemeriksaan Kesihatan ( kelakar dan huru hara saya dibuatnya..tak pernah menjadi jururawat tetiba disuruh memeriksa budak-budak ..aduhai... ) nasib ada sahabat guru lain yang membantu..alhamdulilah.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada team Unit Bahasa Arab SKI yang telah memberi kerjasama yang baik kepada saya di sepanjang tahun 2015 dan masih bersama-sama dengan saya bagi tahun 2016  ini dalam mengemudi bahtera unit Bahasa Arab.Semoga semua urusan kita dimudahkan olehNYA.
 Ustazah RinaIryani, ustazah Rosidawati dan Ustazah Aini dalam usaha menceriakan board Unit Bahasa Arab

Seketika....
Guru-guru berjubah hitam yang menawan..

Berbincang walau dimana berada.. .Inspirasi ELIT UPSR...

Selamat Maju Jaya

Selamat Bersara...

Salam Alhamdulilah... Selamat Bersara cikgu Zakaria bin Shafie...Terima Kasih cikgu Zack... #selamatberehatdaritugas-tugaskeguru...