Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Khamis, Mac 31, 2016

Mtqss daerah kuala selangor 2016

Salam
Sahabat yang di rahmati allah semua..
Alhamdulilah, semalam di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor telah berlangsung majlis di atas.

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya dan akan terus meneruskan perjuangan di peringkat negeri pada bulan april ini insha Allah.

SKI juga tidak ketinggalan berperang di peringkat daerah dalam acara hafazan dan tilawah.

Alhamdulilah, tahniah untuk acara tilawah lelaki yang menyebelahi peserta kita untuk mendapat tempat ketiga walaupun begitu kita telah mendapat saguhati dalam acara hafazan.

Apa-apa pun, tahniah kepada yang berjaya dan usaha lagi pada yang tewas di masa hadapan.

Tahniah adik mohd Adib Fazizi bin Norjaeman
Bergambar bersama peserta hebat ski : adik Adib dan adik Naurah di dewan utama KUSSES.

Terima kasih semua jurulatih panitia pendidikan Islam,ski dan semua guru ski yang telah banyak membantu kami dan mendoakan kejayaan anak-anak hebat ini.

Semoga anak-anak kita ini menjadi hebat peribadinya dengan amalan yang telah digariskan dalan al quran kareem..

Adik naurah dan adik adib

Acara hafazan 

Acara tilawah al quran

Pemberian sijil dan piala di peringkat sekolah (1.4.2016)


ALHAMDULILAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam Aidilfitri 1438H -family-

Salam Alhamdulilah...Allahuakbar...Terima Kasih ya Allah.. #salamlebaran2017 #maafzahirbatin