Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, April 16, 2016

Kemahiran amal Islami daerah Kuala Selangor 2016

Salam
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
Alhamdulilah,hari ini saya diberi kesempatan sekali lagi untuk menjalankan tugas kehakiman dalam mengadili pertandingan Kalam Jamaii SRA di peringkat daerah Kuala Selangor.
Walaupun hari ini saya agak keletihan sedikit dek kepenatan fizikal yang masih terasa kesan menguruskan program KBS Siri 1 yang telah berlangsung pada hari jumaat. Biasalah mungkin kesan dek usia yang semakin meningkat dari hari ke hari dan jika buat kerja lebih sikit mesti selepas itu terasa sengal-sengal seluruh badan..Ya Allah berikan hambamu ini kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini dengan sempurna..aamiin.
Jesteru,amanat tetap diteruskan dan hari ini saya bersama teman NUR Kasih....(teman yang mempunyai memori manis sehingga dikenali nur) telah ke SRA Saujana Utama.

Tahniah semua peserta yang telah berjaya..
Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah menjemput saya sebagai hakim dalam menghakimi bahagian mesej dan persembahan acara kalam jamaaii.
Sejujurnya pertandingan di peringkat daerah ini saya dapat merasakan saingan sengit antara kumpulan-kumpulan hebat yang telah berjaya pada peringkat zon yang lepas.
Alhamdulilah,satu saingan yang benar-benar sihat dan menarik untuk ditonton.

Terima kasih.

Nota :
*kcj16.4.2016
*kbssiri115.4.2016
*perjumpaan pibg bersama ibubapa thn 6 15.4.2016

SELAMAT MAJU JAYA

#membudayakankehidupanmuridkearahtarbiyahislamyangsyumul
#ustazahaininakrehatdulu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Pemimpin Remaja Cemerlang (SABK) Peringkat Negeri Selangor 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Barisan Pelaksana PRC 2017 Alhamdulilah, telah selesai program diatas yang telah berlang...