Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, April 09, 2016

Kemahiran Amal Islami peringkat Zon Timur 2016

Salam.

Hari ini saya sekali lagi diberi tanggungjawab untuk memikul amanah sebagai hakim acara Kalam jamaii di bahagian mesej dan persembahan dalam program Kemahiran Amal Islami bagi zon Timur.

Alhamdulilah,satu peluang untuk saya dalam menambah dan memperbaiki ilmu dibidang kalam jamaii bahasa arab.
Barisan hakim yang menghakimi acara kalam jamaii SRA Zon Timur

Terima kasih kepada pihak penganjur atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya dan akan ke peringkat daerah pada 16hb ini dan usaha lagi bagi sekolah-sekolah yang tidak berjaya pada masa hadapan.insha allah.

Selamat maju jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...