Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Julai 20, 2016

Mahrajan j-QAF (KALAM JAMAII) Daerah Kuala Selangor 2016

Salam.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Alhamdulilah,hari ini saya bersama team hakim acara Kalam Jamaii Daerah Kuala Selangor telah menghakimi Mahrajan j-QAF 2016 di SK Bukit Badong. Bahagian penghakiman bagi acara ini ialah dari segi Suara, Isi , Persembahan dan Bahasa.
Alhamdulilah,pencarian kami telah dapat dicari bagi mewakili daerah Kuala Selangor ke peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada 30 Julai 2016 yang bertempat di Daerah Petaling Utama. Tahniah kepada sekolah yang telah mendapat tempat Pertama dan Usaha lagi untuk sekolah-sekolah yang tidak berjaya.Apa-apa pun, bagi saya semua sekolah yang telah menyertai tadi adalah terbaik dikalangan yang terhebat.

Detail Mahrajan j-QAF seperti berikut :
 - Nama program : Mahrajan j-QAF (Kalam Jamaii) sekolah-sekolah KPM Peringkat Daerah Kuala Selangor
-Tarikh: 20 Julai 2016/15 Syawal 1437H
-Hari : Rabu
-Tempat : Dewan Rafulin,SK Bukit Badong
-Anjuran : PPD Kuala Selangor ( Unit Pendidikan Islam)
-Hakim : Ustaz Abdul Aziz Mudakir,Ustaz Mohd Razali Abdullah Sani,Ustazah Norulaini Mohd Nawi,Ustazah Nor Azian Yaakob dan Ustazah Nur Fadlina Abdullah)
-Sekolah yang menyertai : SK Parit Empat,SK Parit Serong,SK Bandar Baru,SK Bukit Badong,SK Dato Maharajalela,SK Puncak Alam 2 dan SK Saujana Utama)

Lampiran foto acara Kalam Jamaii :
Taklimat syarat-syarat pertandingan oleh Ketua Hakim : Ustaz Abdul Aziz Mudakir

 Kumpulan 1
 Kumpulan 2
Kumpulan 3
 Kumpulan 4
 Kumpulan 5
Kumpulan 6
Kumpulan 7

Tahniah sekolah yang telah berjaya!!! Alhamdulilah
Barisan Hakim yang Arif lagi Saksama.
#Tahniahsemuasekolah-sekolahyangbertanding
#Terimakasihbarisanhakimyanghebatdalampenilaianmasing-masing
#SelamatmajujayakeperingkatNegerinanti
#Jomberkalamjamaii

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...