Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Ogos 26, 2016

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasiin (UPSR) 2016

Salam

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Alhamdulilah,semalam telah berlangsung program majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasiin untuk anak-anak murid tahun 6 2016.Program anjuran PIBG Bersama Team Panitia Pendidikan Islam ini telah diadakan pada jam 7.00 petang sehingga 10.30 malam.Pelbagai aktiviti telah diadakan bersama-sama dengan ibu bapa dan murid-murid tahun 6.Semoga Allah menerima doa kami.

Dilampirkan..
#journeyofthechampion 6A UPSR
#UsahaDoaTawakkalkepadaNYA
#selamatmajujayaanak2kesayangansemua

Jumaat, Ogos 19, 2016

KEMBITA (SABK) Peringkat Negeri Selangor 2016

Salam

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Alhamdulilah, catatan saya pada kali ini berkisar kepada Kem Bina Taqwa (KEMBITA) yang telah diikuti pada 16-18 Ogos 2016 (Selasa-Khamis).Kem ini telah diadakan di ILDAS,Sabak Bernam,Selangor. Peserta pada kali ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 yang bersekolah di SABK negeri Selangor.

Antara aktiviti yang dijalankan : ice breaking,interaksi (Aku bintang di langit,Al Ihsan,Menuju puncakTahsin Solat & Qiraah,Asas pembinaan insan bertaqwa),Munajat malam,Aktiviti Jatidiri,Bicara hati dan Sharing moment dan sebagainya

Dilampirkan sedikit foto kenangan sekitar program 3 hari 2 malam di sana...


Terima Kasih team Jurulatih JPS :
Ustaz Haji Kamil bin Sidek
Ustaz Saripudin bin Boiran
Ustaz Rozailil bin Ismail
Ustaz Mazlan bin Khamis
Ustazah Siti Salwa bt Mohd Zaibani
Ustazah Fatimah bt Dollah
Ustazah Rozita bt Sayan

dan juga team ILDAS yang diketuai oleh Ustaz Mohd Athras bin Abdul Basir, tak lupa pegawai-pegawai JPNS yang diketuai oleh Ustaz Nasa.

Semoga Kem ini dapat memberi manfaat buat semua peserta dari SABK negeri Selangor.

#alhamdulilahdahselesaiKEMBITA
#ildaspemangkinkecemerlanganummah
#selamatmajujayaadik2kembita
#sayangteamJU

Rabu, Ogos 17, 2016

Kem Bina Taqwa (KEMBITA) 2016 - SABK

Salam.
Sahabat yang dirahmati Allah semua..
Alhamdulilah..sedang berjalan KEMBITA anjuran ILDAS bersama JPS di ILDAS Sabak Bernam . Kem selama 3 hari yang bermula pada 16-18hb Ogos 2016 yang melibatkan seramai 40 orang peserta daripada SABK Negeri Selangor.

Insha -allah ..ada masa akan saya sisipkan sedikit foto kem tersebut.
Terima Kasih kepada semua barisan pegawai SPI,JPS dan Pegawai ILDAS atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada saya dan team JU Pendidikan Islam yang lain disepanjang KEMBITA ini berlangsung.

Alhamdulilah.

Terima Kasih sahabat team JU..
Ustazah Rozita dan Ustazah Fatimah juga Ustazah Salwa 

#semogabermanfaatuntuksemua
#terimakasihsemuaJUildasdanspi
#letihjugasedikittapibahagia
#selamatmajujayaadik2KEMBITA

Isnin, Ogos 15, 2016

Oooo...Hukum Hamzah Wasal....

Salam

Sahabat- sahabat yang dirahmati Allah,

Hari ini masuk ke kelas  5UUM bersama ustaz Helmi mengajar tilawah quran..sambil tu selit-selitkan hukum tajwid...dan antaranya ada pula hukum bacaan hamzah wasal...mula la ustaz Helmi dan saya memberi formula mengingat hukum bacaan ....formula dan nyanyian Hamzah Wasal..(tengok-tengok budak-budak suka dan faham)alhamdulilah..

moga dapat dipraktikkan bersama dalam qiraat quran pada masa hadapan.insha allah.

Formulanya :

Nyanyiannya...
bila huruf ketiga berbaris atas..baca bawah
bila huruf ketiga berbaris bawah..baca bawah
bila huruf ketiga berbaris depan..baca depan
(melodi lagu Bismillah)

#belajartajwidseronoknnya
#sukabacaquran

Jumaat, Ogos 12, 2016

Ucapan (Penyuntik Semangat) UPSR 2016

Salam

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Ucapan Istimewa dari Guru-guru SK IJOK :

#journeyofthechampion 6A UPSR
#selamatmajujaya

Salam Aidilfitri 1438H -family-

Salam Alhamdulilah...Allahuakbar...Terima Kasih ya Allah.. #salamlebaran2017 #maafzahirbatin