Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, September 30, 2016

Alhamdulilah..Tahniah Hari Puteri Peringkat daerah Kuala Selangor 2016

Salam
Alhamdulilah..Syukur padaNYA atas nikmat kemenangan yang diberikanNYA kepada kami team PPIM SK Ijok dalam Pertandingan Hari Puteri Daerah Kuala Selangor 2016 yang telah diadakan di SM Rantau Panjang,Bestari Jaya, Selangor.

Beberapa acara yang telah dipertandingkan dan keputusannya seperti berikut :
1.Acara Tilawah : Johan
2.Acara Melukis Poster : Johan
3.Acara Bercerita : Johan
4.Acara Khat : Saguhati
5.Acara Hafazan : Saguhati
6.Acara Masakan : Johan
7.Acara Kraftangan : Tempat ketiga

TAHNIAH kepada semua peserta dan Jurulatihnya.
1.Acara Tilawah : adik Fatin dan JU nya Ustazah aini
2.Acara Melukis Poster : adik Aini dan JU nya Ustazah Farah
3.AcaraBercerita : adik Damia dan JU nya Ustazah Rina
4.Acara Khat : adik Farzana dan JU nya Ustaz Helmi
5.Acara Hafazan : adik Khaulah dan JU nya Ustazah Noranizah
6.Acara Masakan : adik Hazira dan Aaminah dan JU nya cikgu Huda
7.Acara Kraftangan : adik Farina dan Lin dan JU nya Ustazah Jiha dan Cikgu Rosnah Seman

TAHNIAH SEMUA!!!

acara Tilawah Al quran
 acara Bercerita Kisah Wanita Solehah
 acara Melukis Poster Alam Sekitar
 acara Masakan
acara Kraftangan

Terima Kasih kepada semua warga SKI yang telah membantu dan menyokong kami team PPIM di sepanjang sesi latihan hari Puteri di jalankan.Semoga Allah memberkati kalian semua..aamiin.

#hariputeriSKImenanglagiALHAMDULILAH
#selamatmajujaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jamuan terakhir : Tahun 6 2017

Salam Bismillahiwal Alhamdulilah Hari ini adalah hari terakhir bersama-sama mereka di SKI. Aktiviti terakhir dengan dimulai solat sunat ...