Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Selasa, Oktober 04, 2016

KBS Siri 2/ 2016

Salam

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
 Alhamdulilah, pada 30 september 2016 / Jumaat, sekali lagi team Panitia Pendidikan Islam mengadakan program tahunan kami iaitu Kem Bestari Solat.
 Pada Aktiviti kali ini saya lebih cenderong kepada pergerakan murid-murid menyelesaikan tugasan dari satu stesen kepada stesen yang berikutnya..atau lebih senang cerita Ekplorasi Solat yang saya gelarkan untuk aktiviti kem kali ini..Alhamdulilah, saya lihat peserta sangat tertarik untuk aktiviti kali ini dan kerjasama semua warga pendidik Ijok sangat memberangsangkan..Terima Kasih.
Namun begitu, saya memohon maaf kerana kekangan masa menyebabkan keberangkalian fasilitator terpaksa menyempurnakan tugasan secara drastik..Insha Allah , saya akan cuba susun semula padan tahun hadapan.

Antara Stesen-stesen yang dijalankan :
CP teori dan Amali Wudhuk
CP Bacaan Doa Qunut
CP Tahiyyat Awal dan Akhir
 
CP Erti bacaan dalam solat
 
Terima Kasih kepada Ustazah Farah (guru Praktikal KUIS) yang turut membantu..
Penghargaan kepada murid-murid yang telah merekod pelaksanaan solat paling banyak dan yang melakukan solat sunat dhuha paling banyak.. 
Tidak dilupakan penghargaan buat semua fasilitator
 
Team Terbaik PPI SKI..

Terima Kasih semua..Insha Allah berjumpa kita pada tahun hadapan...

#kearahibadahsolatyangsempurna


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Transformasi Juara tahun 6 Siri 2 2017 (HARI KETIGA) (4)

Sambungan.. Hari Ketiga :  Salam Perjuangan UPSR 6A dari kami... #journeyoftheCHAMPION 6A...