Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, Oktober 21, 2016

Selesai ...Alhamdulilah KBS siri 2 tahun 6 2016

Salam

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Alhamdulilah..Aktiviti Kembara Solat telah berlangsung semalam yang melibatkan semua murid tahun 6 2016. Terima Kasih kepada semua warga SKI terutama Ustaz Shamsudin,Ustaz Helmi,Ustazah Narimah,Cikgu Joe dan Cikgu Nik atas tugasan  sebagai Fasilitator dalam menjaga check point masing-masing dalam aktiviti Kembara Solat.

Alhamdulilah..program berjalan lancar hingga ke akhirnya.

Penyelaras KBS 2016 : Ustazah Aini sedang menyampaikan taklimat program kepada peserta
Tugasan : Carta Interaktif Imam,Makmum Muafiq dan Masbuk
  
Tugasan : Amali wudhuk menggunakan Air botol mineral
Tugasan :Buku Skrap I-Think Doa Qunut dan Ertinya
 Tugasan :Powerpoint Solat Jenazah
Tazkirah Solat oleh Ustaz Mohammad Helmi
Penyampaian Hadiah dalam penandaan buku rekod solat terbaik dan pelaksanaan Solat sunat Dhuha terbanyak dalam tahun 2016
Cenderahati untuk semua peserta kem (wakil peserta perempuan dan lelaki)

#alhamdulilahselesaisudahKBS
#kearahibadahsolatyangsempurna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sambutan Hari Guru Peringkat SK IJOK 2017

Salam Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Alhamdulilah, semalam tarikh penting yang akan sentiasa diingati terutama warga Pendidik. Ia...