Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Sabtu, Oktober 22, 2016

Tahniah!! Team PPIM Daerah Kuala Selangor 2016

Salam..
Alhamdulilah..Tahniah Team PPIM SK Ijok yang membawa 5 orang peserta ke pertandingan Hari Puteri Peringkat Negeri Selangor 2016 . Ia telah berlangsung di SK Seri Makmur Sungai Besar Selangor.

Alhamdulilah, 2 kejayaan telah dirangkul iaitu dalam acara Poster yang telah berjaya mendapat tempat PERTAMA dan Tempat KELIMA dalam acara Bercerita.Manakala untuk acara Tilawah dan Masakan hanya mendapat Saguhati sahaja.
Tahniah adik Nurul Aini atas kejayaan memperoleh Johan dalam acara melukis poster Alam Sekitar
Tahniah adik Nur Damia Amna atas kemenangan tempat kelima dalam acara bercerita kisah wanita solehah

Apapun, Tahniah semuanya dan ucapan TERIMA KASIH tidak terhingga saya kepada pihak pentadbir SKI dan terutama team guru pimpinan PPIM SKI iaitu Ustazah Rina,Cikgu Huda,Ustazah Jiha,Cikgu Rosnah Seman,Ustazah Ida,Ustazah Noranizah dan Cikgu Mai serta tidak dilupakan semua warga SK Ijok yang turut sama-sama membantu dan memberi sokongan padu kepada kami.Namun begitu dikesempatan ini ucapan Terima Kasih juga kepada barisan guru pemimpin  puteri Islam daerah Kuala Selangor yang turut sama memberi sokongan dan panduan di sepanjang program ini di adakan.

Tahniah juga untuk kontingen Daerah Kuala Selangor yang berjaya!!

Tetiba saya terjumpa kenalan lama yang telah berpindah daerah ke daerah Sepang...Allahukbar...rindunya denganmu my fren Naz...

#alhamdulilah
#PPIMSKIcemerlangSKIgemilang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kem Eksplorasi Aqidah SM Daerah Kuala Selangor 2017

Salam Bismillahiwalhamdulilah Pada 14-15 November 2017 di KSCC,Jeram,Selangor telah diadakan program di atas dibawah anjuran Unit Pendi...