Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Jumaat, November 04, 2016

KEM BASIC 2016 (SM) Peringkat Daerah Kuala Selangor

Salam

Alhamdulilah..Kem Bina Asas Sahasiah Insan Cemerlang (BASIC) telah diadakan pada 2-3 November 2016 (Rabu-Khamis) di KSCC,Jeram yang melibatkan 70 orang pelajar sekolah Menengah di daerah Kuala Selangor tahun 2016. Kem anjuran Unit Dakwah Pendidikan Islam PPD Kuala Selangor telah dijayakan oleh Barisan Jurulatih PI dibawah seliaan Ustaz Haji Kamil bin Sidek.
Terima Kasih kepada Ustaz Nordin bin Ramli dan Ustazah Zakiah (PPD K Selangor) atas kepercayaan kepada kami team jurulatih PI daerah Kuala Selangor untuk menguruskan program 2 hari 1 malam ini walaupun kami menghadapi kekurangan tenaga JU namun kem ini tetap dilaksanakan dengan sempurna dan lancar.

Terima Kasih semua...
 teman - teman JU yang sangat best...dan sayang antunna!!!
#membinagenerasiRabbani
#ALHAMDULILAH daselesai SM tungguplak SR..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam Aidilfitri 1438H -family-

Salam Alhamdulilah...Allahuakbar...Terima Kasih ya Allah.. #salamlebaran2017 #maafzahirbatin